Uji Tahap Kegayatan anda Pada Ketinggian 163 Meter di The Shore Sky Tower Melaka
Optimus Prime ada di Melaka? Mesti terkejut kan. Saya orang Melaka pun terkejut. Mana tak nya, transformer tuuu. Bukannya kecil, tapi besar setinggi 5meter. Memang AWESOME.Tapi yang menariknya, tiada bayaran dikenakan untuk bergambar dengan Optimus Prime. Optimus Prime rela paksa. Hehehhehe.
Optimus Prime sedang menunggu anda |
The Shore Sky Tower
Memang tidak dinafikan, Melaka adalah salah satu destinasi wajib pilihan pelancong luar negara mahupun dalam negara setiap Tahun. Ini menunjukkan bahawa Melaka adalah satu negeri yang Bersejarah selain dapat melihat keunikkan yang tidak ada di negeri - negeri lain.Kali ini saya berminat untuk kongsikan satu lagi tarikan terbaru yang ada di Melaka iaitu The Shore Sky Tower. Perrrrghhhhh, nama!! Tak nak kalah. Nama dah 'GAH', tapi korang pun kena GAGAH kan diri untuk berdiri di atas bangunan The Shore.
OOoooooppppsssss. Apa itu The Shore Sky Tower?
Bangunan The Shore |
Bangunan The Shore |
Harga Tiket Sky Tower Melaka
Dewasa : RM25
Kanak - kanak : RM18
Masa : 10AM - 10PM
Anda akan dapat melihat sendiri keseluruhan bandar Melaka dari bangunan Sky Tower. Satu pengalaman yang sangat mempersonakan untuk anda semua. Sky Tower adalah bangunan tertinggi yang ada di bandar Melaka dan menjanjikan pemandangan yang menakjubkan sehingga 50 km dari semua arah. Sky Tower juga memberi satu pengalaman yang unik dan menakjubkan dengan pandangan 360 panorama bandar Melaka. Ni gambar yang lebih terperinci.
The Shore Sky Tower |
Pandangan dari atas The Shore Sky Tower |
Pandangan dari atas The Shore Sky Tower |
Nikmati pemandangan 360 panorama Bandar Melaka |
The Shore Sky Tower |
The Shore Sky Tower |
Teleskop yang disediakan untk melihat pemandangan Bandar Melaka |
Apabila anda berada didalamnya, bangunan itu seperti tempat membeli belah. Macam - macam ada. Kedai DIY pun ada. Banyak lagi yang ada di dalam bangunan The Shore, antaranya
Sky Tower
Ocenarium Melaka
- Shark Quest
- Shell Muzeum
3D art
Muzium Kartun
The Toy
Anda jangan tersilap. Untuk memasuki bangunan The Shore, tiada apa - apa bayaran dikenakan. Tetapi jika anda ingin memasuki Sky Tower, di situ anda akan dikenakan bayaran.
Atas - atas tu, saya akan huraikan kemudian hari. Tiada bahan - bahan untuk menulis.
Sudah pasti akan terpahat pengalaman dan memori yang terindah anda berada di The Shore. Anda juga akan hilang perasaan gayat untuk seketika. Dan boleh bercerita dengan rakan - rakan anda.
Alamat:
The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia
0 comments:
Post a Comment