Cara, Teknik dan Tutorial Pemasangan Membuka dan Menukar Tombol Pintu Rumah dengan Mudah
Nampak macam biasa - biasa, tapi kalau anda mampu menukar tombol pintu sendiri, itu luar biasa.
Dengar macam simple, kawan - kawan siap gelak - gelak lagi. Weeeiiii, tombol pintu pun tak tahu nak tukar ke?
|
Tombol Pintu |
Aduhhhh,
biar malu awal, janji tahu dari tak tahu. Pengalaman saya, mula - mula nak tukar memang susah.
Alaaa. sekali je susah, pastu senang ngattttt. Bila tak buat, tak tahu, bila dah buat, baru tahu. Anda nak tahu kan.
|
Tutorial, Cara, Step, dan Langkah Mudah Membuka dan Memasang Tombol Pintu Rumah |
Jom Lihat Video Di Youtube. Tutorial membuka dan memasang tombol pintu. Klik sini
Jadi bagaimana nak tukar tombol pintu yang rosak? Bagaimana cara membuka pintu yang terkunci?Pertanyan anda akan saya jawab.
Persoalan, kenapa anda nak menukar tombol pintu. Sebabnya
tombol pintu sudah rosak.
Antara
penyebab anda menukar tombol pintu adalah
1. Tombol jammed
2. Selak patah
3. Selak tidak automatik masuk semasa menutup pintu.
4. Ketat di bahagian penyendal
5. Bila dah lock, nak bukak guna kunci tidak boleh. Kunci loose
Biasanya, kalau nak tukar, tukar sahaja satu set. Senang. Yang lama, kalau dah buruk atau rosak teruk, buangkan sahaja.
Tapi kalau di kedai, banyak pilihan dan banyak harga tombol pintu. Itu terserah kepada anda, mana satu pilihan hati. Cara asasnya tetap sama.
Saya bagitau awal, tombol pintu bilik dan tombol pintu bilik air, adalah
BERLAINAN SAMA SEKALI
Apa yang lainnya. Yang lainnya adalah
Tombol pintu bilik ada anak kunci
|
Tombol Pintu Bilik |
Manakala, tombol pintu bilik air,
TIADA anak kunci. Ini adalah untuk keselamatan anak - anak kecil. Anda boleh membukanya dengan skru driver ataupun sudu dengan memusingkannya.
|
Tombol pintu bilik air |
|
Pusingkan |
Ini gambar tombol pintu yang baru dibeli di kedai. Banyak pilihan, anda pilih sahaja yang anda mahukan mengikut bajet dan kehendak anda.
|
Tombol Pintu Baharu |
|
Tombol Pintu Baharu |
Apa yang anda akan dapat bila membeli tombol pintu? Ini komponen tombol pintu
|
Komponen Tombol Pintu Baharu |
Apa yang anda akan dapat adalah :
Dari kiri
1. Manual cara - cara pemasangan (manual user)
2. Tombol Pintu
3. Pin Lock
4. Selak Pintu
5. Kunci
6. Skru
7. Penyendal Pintu
Cara, Teknik dan Tutorial Pemasangan Membuka dan Menukar Tombol Pintu Rumah dengan Mudah
Jom saya kongsikan
Pertama sekali, anda perlu tahu,
bahagian mana yang perlu anda buka kerana tombol pintu boleh bukak kedua - dua bahagian?
Bahagian yang berkunci atau yang berlock.
|
Bahagian Yang Berkunci |
|
Bahagian Yang Berlock |
Ingattttttt!! Buka di bahagian yang berlock. Kenapa? Sebabnya mudah lagi senang.
Kalau anda buka di bahagian yang berkunci, azab nak pasangkan balik. Huhuhu.
Jadi, macam mana nak keluarkan tombol pintu?
Langkah pertama, anda perlulah mencari slot untuk masukkan key lock.
|
Slot untuk memasukkan Key Lock |
Langkah Kedua, anda haruslah memutarkan sedikit tombol sehingga nampak sedikit longkang.
|
Pusingkan Tombol Pintu |
Langkah ketiga, masukkan key lock ke dalam slot sambil memusing - musingkan sedikit dan menarik tombol keluar. Kalau tiada pin lock, gunakan skru driver yang kecil ataupun test pen.
|
Masukkan key lock ke dalam slot |
Kemudian, tarik tombol keluar.
|
Tarik Tombol Keluar |
|
Tarik Tombol Keluar |
|
Tarik Tombol Keluar |
Sampai tahap ini, anda sudah berjaya untuk membuka tombol pintu.
Langkah keempat, anda perlulah memasukkan selak ke tempatnya
|
Masukkan Selak ke tempatnya |
|
Masukkan Selak ke tempatnya |
|
Masukkan Selak ke tempatnya |
Sampai di sini, bermulalah untuk pemasangan tombol pintu rumah. Untuk masukkan tombol pintu, ada caranya. Caranya adalah, anda tahu kedudukkan yang timbul, di ibu jari saya itu
|
Besi yang timbul sedikit |
Kemudian, di bahagian yang berlock, akan ada laluan untuk besi yang timbul itu.
|
Laluan untuk besi yang timbul sedikit |
Masukkan tombol ke dalam laluannya
|
Masukkan tombol ke dalam laluannya |
Siappppppp. Alhamdulillah, anda sudah berjaya. Tahniah - tahniah. Jadi, mari saksikan saya membuka dan memasang tombol pintu di rumah.
|
Tools - tools saya |
|
Alang yang fokus |
|
Muka kepuasan |
|
Bawa keluar semua sekali |
|
Besi yang tertimbul |
|
Besi yang tertimbul dimasukkan ke dalam alurnya |
Selesai.
Tapi saya ada memasang tombol pintu yang mahal. Mari lihat.
|
Tombol Pintu Mahal |
|
Bahagian Tombol Pintu |
|
Masukkan Selaknya terlebih dahulu |
|
Maskka Tombol Pintu ke dalam selak |
|
Sudah berjaya dimasukkan |
|
Ikatkan skru |
|
Berjaya Bro |
Harap, artikel ini dapat membantu anda semua. Sebarang pertanyaan dan penambahbaikkan, anda bolehlah menulis di bahagian komen dibawah
Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang
Kembali ke laman utama (klik sini)
Assalamualaikum. Nak tanya,mxm mana kalau selak Tersangkut kat pintu dan tak boleh buka? Tombol semua dah bukak, selak yg tersangkut.
ReplyDeleteSalam nak tanya kalau tempat kunci dia mcm termasuk dalam tu mcm mana nak baiki?
ReplyDelete