Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Sunday, 3 December 2017

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.

Specialist Air Conditioner, Expert Penghawa Dingin, Dan Pakar Aircond / Penyaman Udara. 

Assalamualaikum semua. Sebelum anda membaca artikel ini, diharapkan anda sudah membaca artikel yang sebelum ini iaitu tips, teknik, cara dan panduan asas penjagaan / penggunaan aircond rumah supaya penghawa dingin sentiasa sejuk.

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Pakar Aircond Anda



Di sini, saya akan cuba terangkan satu persatu persoalan berkenaan penghawa dingin yang sering diajukan. Lebih kepada soal jawab. Jom. 

Boleh melihat VIDEO saya, Alang Air Specialist Aircond di Youtube secara percuma. Search ALANG N AFIQ.

Penerangan Terperinci Cara Topup / Menambah Gas Freon ke Dalam Sistem Aircond Dengan Teknik Dan Step Yang Betul. Bantu saya dengan SUBSCRIBE. Klik sini untuk lihat Video.


Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Penerangan Terperinci Cara Topup / Menambah Gas Freon ke Dalam Sistem Aircond Dengan Teknik Dan Step Yang Betul

Berpengalaman, berpengatahuan dan pakar dalam bidang Aircond Rumah / Pejabat.

Dan kalau anda mahukan ilmu - ilmu dan teknik pertukangan di rumah, WAJIB klik link ini. In shaa Allah sangat - sangat membantu. 

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai jenis gas Freon di pasaran. Antaranya adalah refrigerant R22, R407, R410A, R134 dan R32.

Jadi, apakah perbezaan dan perbandingan bahan pendingin (gas penyejuk) antara gas – gas Freon tersebut?

Refrigerant adalah medium / perantaraan untuk membawa atau menghantar haba.

Bahan pendingin yang paling banyak digunakan pada 1990an dan 2000an untuk penyejuk rumah adalah R22. Refrigerant R22 mula dikurangkan dan akan dikeluarkan bermula pada tahun 2015 kerana ianya mempunyai bahan kimia yang mampu merosakkan lapisan ozon.

Jadi, kajian dilaksanakan untuk menggantikan bahan pendingin R22, dengan gas yang lain iaitu R410A dan R32. Yang biasa kita dengan adalah R410A, manakala R32 ini masih lagi giat diusahakan.

R410A dan R32 diberi tumpuan kerana ianya cekap tenaga, mampu meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan lapisan ozon.

Dilihat dari jadual dibawah, Freon R32 lebih mesra alam, angka indeks sejuk adalah yang tinggi berbanding dengan R-22 dan R-410 A


Kesimpulannya, pilihlah penyaman udara yang sesuai dengan kemajuan semasa.

Perbezaan Bahan Pendingan (Freon / Refrigerant)
Jenis Freon
ODP
GWP
Cooling Index
Flammability
R12
1.0
10900
-
-
R22
0.055
1810
100
Tidak
R410A
0
2090
92
Tidak
R32
0
675
100
Rendah
R290
0
Kurang dari 3
83
Tinggi

ODP – Ozone Depletion Potential
GWP – Global Warming Potential


Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Global Warming Potentian


Cooling Seasonal Performance Factor (CSPS)


Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Cooling Seasonal Performance Factor

Gambar di atas menunjukkan bahawa R32 mempunyai lebih kecekapan berbanding R410A. Manakala R410A mempunyai lebih kecekapan berbanding R22

Power Consumption Ratio


Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Power Consumption Ratio


Penggunaan tenaga yang paling jimat adalah R32.

Kesimpulannya, anda jangan runsing memikirkan gas Freon apa yang perlu digunakan di system aircond tersebut. Itu biar engineer yang uruskan.

Tugas anda WAJIB perlu tahu jenis gas Freon apa yang digunakan untuk system aircond anda supaya anda tidak mencampurkan gas gas Freon anda. 

Apakah ciri – ciri gas Freon Gas Freon?

1.       Tidak berbau
2.       Tidak berwarna
3.       Mempunyai takat didih yang rendah
4.       Tidak mudah terbakar
5.       Tidak berkarat atau menghakis
6.       Gas yang stabil
7.       Mampu menyerap haba

Kenapa anda ingin menambah Freon / Refrigerant ke dalam sistem aircond?

Semestinya aircond tidak sejuk. Mesti anda fikir untuk topup gas. Betul? Penghawa dingin tidak sejuk sahaja, bukan bermakna gas Freon kurang yee. Ada banyak sebab kenapa aircond tidak sejuk.

Peringatan, gas tidak akan habis jika tiada kebocoran pada paip copper. Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Anda perlu lakukan maintenance atau pembersihan berkala (klik sini)

Apakah sebab lain yang menyebabkan aircond anda tidak sejuk?

Banyak faktor yang menyebabkan aircond / penyaman udara tidak sejuk. Antaranya adalah

1.       Gas kurang
2.       Finn Indoor kotor
3.       Finn Outdoor kotor
4.       Blower penuh dengan habuk
5.       Air menitik dari dalam. Paip drain tersumbat

Advance:

1.       Capillary tube tersumbat
2.       Compressor rosak
3.       Capasitor kong

Bagaimanakah cara yang betul untuk mengecas Freon ke dalam sistem aircond?

Hhhmmmm. Bagaimana cara? Jom fahamkan satu persatu cara yang betul untuk mengisi Freon ke dalam sistem penghawa dingin. Apa yang anda perlukan adalah

1.       Tabung Freon / Refrigerant
2.       Gauge manifold beserta hose
3.       Spanar hidup

Pertama sekali, anda perlu fahamkan cara untuk menggunakan gauge manifold dan apa itu gauge manifold. Gauge manifold adalah satu peralatan untuk kita tahu berapa banyak tekanan yang ada dalam sistem itu. 

Bagaimanakah cara untuk menggunakan gauge manifold?

Gauge manifold mempunyai dua meter bacaan. Bahagian tekanan rendah (Low Pressure, LP) dan bahagian tekanan tinggi (High Pressure, HP). Untuk hose pula, ia mempunyai 3 hose yang berlainan.

1.       Hose warna kuning – Dari tabung gas ke gauge manifold
2.       Hose warna biru – Dari gauge manifold ke pipe copper LP (pipe copper yang besar)
3.       Hose warna merah _ Dari gauge manifold ke pipe copper HP (pipe copper yang kecil)

Untuk memahami meter bacaan, anda perlulah melihat PSI. Lain – lain hiraukan dahulu.

Selepas itu, anda perlu pergi ke outdoor unit penghawa dingin, dan bahagian kanan outdoor unit akan ada paip copper. Buka cover tepi outdoor unit dan anda akan lihat dua paip copper. Satu paip copper yang kecil, satu paip copper yang besar.

Untuk penghawa dingin rumah, tidak ada nipple untuk mengecas Freon dari HP line paip copper. Hanya akan ada nipple di LP line paip copper.

Jadi, sambungkan begini. 

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Cara untuk mengecas aircond
Hose kuning disambungkan dari tabung gas Freon ke gauge manifold dan hose biru disambungkan dari gauge manifold ke nipple LP line paip copper.

Ketatkan kesemua sambungan dengan sempurna KECUALI sambungan yang ada nipple di LPline paip copper. Kenapa? Kejap lagi saya jawab.

Selepasnya, buka injap / valve tabung Freon supaya gas akan melalui dari tong gas ke hose warna kuning.

Selepasnya, buka injap / valve gauge manifold supaya gas akan melalui dari gauge manifold ke hose warna biru.

Berbalik ke soalan di atas. Kenapa saya tidak ketatkan sambungan yang ada nipple di LP line paip copper?

Kerana untuk membuang sisa – sisa udara yang ada di dalam hose. Kemudian, dengan cepatnya mengetatkan sambungan dengan sempurna. 

Oppppss! Peringatan, gas tidak akan masuk / charging jika compressor tidak di ON kan / dibuka. Jadi, ON kan dahulu penghawa dingin anda.

Compressor tidak akan terus jalan apabila di ON kan switch / suis. Anda perlu menunggu seketika dalam 30 saat / 1 minit.

Macam mana nak tahu compressor sudah berfungsi?

Salah satu cara yang paling mudah adalah motor kipas outdoor unit bergerak / berpusing. Itu menandakan compressor anda telah menjalankan kerja dengan baik.

Selain itu, anda boleh pegang outdoor unit  anda. Anda rasakan vibration / gegaran dan juga bunyi. Jika terasa gegarannya dan bunyi, ia bermakna compressor anda berfungsi dengan baik.

Selepas itu, apakah tindakan anda?

Anda perlulah memantau gas yang masuk ke dalam sistem dengan meneliti gauge manifold anda. Anda perlu tahu berapa nilai tekanan / Pressure (PSI) yang sepatutnya masuk ke dalam sistem aircond anda. 

Berapakah nilai tekanan Pressure (PSI) Pound per Square Inch yang betul untuk ditopup ke dalam sistem aircond?

Inveter

Low Pressure (Paip Copper yang Besar) – 120PSI
High Pressure (Paip Copper yang Kecil) – 280PSI

Non – Inveter

Low Pressure (Paip Copper yang Besar) – 60PSI
High Pressure (Paip Copper yang Kecil) – Tidak Pasti

Peringatan! Jangan sesekali memasukkan tekanan gas Freon melebihi nilai di atas. 

Kenapa gas Freon tidak boleh ditopup melebihi nilai yang sepatutnya?

Ini akan membuatkan compressor anda bekerja kuat dan memendekkan jangka hayat compressor.

Dalam penglihatan saya, saya pernah lihat orang lain, menambah gas dengan cara menterbalikkan tong gas Freon. Adakah cara ini betul?

Haa. Soalan cepumas. Huhuhu. Ok macam ni. Sebelum saya menjawab soalan ini, anda perlu fahamkan basik tentang sistem penyaman udara. Mechanism and working principle of air conditioning. Lihat gambar di bawah. 

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Asa / Basic Pengahawa Dingin

Jadi, apa yang anda faham? Ok gini. Kebiasaannya, hanya unit aircond yang besar sahaja, yang akan mempunyai nipple untuk menambah gas dari HP line. Untuk unit yang kecil, hanya akan ada nipple Low pressure (LP line).

Menambah Gas dari Low Pressure (LP) Line Pipe Copper–

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Menambah Gas dari LP


Kenapa tabung Freon gas TIDAK DITERBALIKKAN semasa mengecas sistem aircond?

Kerana LP LINE adalah GAS. Jadi, untuk menambah Freon, anda perlu masukkan gas.

PERINGATAN, jangan sesekali masukkan liquid ke dalam compressor dengan cara menterbalikkan tong gas di LP LINE. Ini kerana ia akan memendekkan jangka hayat compressor anda.

Menambah Gas dari High Pressure (HP) Line Pipe Copper – 

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Menambag Gas dari HP


Sebab apa tong gas DITERBALIKKAN semasa menambah Freon ke dalam sistem penghawa dingin?

Kerana HP LINE adalah LIQUID. Jadi, untuk menambah Freon, anda perlu masukkan liquid.

Kenapa apabila mengecas Freon, tong gas akan berpeluh? Ini maksudnya apa?

Berpeluh kerana ia menunjukkan ada flow / pergerakkan gas dalam tabung gas ke hose ke paip copper.

Kalau berlaku iceing pula macam mana? Iceing berlaku di paip copper yang besar bermaksud apa? Iceing berlaku di paip copper yang kecil bermaksud apa?

Banyak sebab kenapa berlakunya icing. Antaranya adalah

1.       Gas Freon kurang
2.       Suction tertutup (ini untuk aircond yang besar – besar)
3.       Discharge tertutup (ini untuk aircond yang besar – besar)
4.       Drain tersumbat (laluan paip air)
5.       Gas Freon terlebih

Berapakah kos untuk menambah gas Freon untuk system inveter atau non – inveter?

Kos menambah Freon ke dalam sistem bergantung kepada juruteknik. Ianya dalam lingkungan RM70 - RM80

Apakah perbezaaan antara inveter dan non – inveter?

Apa yang saya faham lah, saya tidak pasti samada betul ataupun tidak. Inveter ni adalah sistem elektrikal. Inveter adalah salah satu benda / alat untuk mengubah arus dari AC to DC. Ia mengubahnya dari AC ke DC kemudian mengeluarkannya dengan arus AC kembali.
Inveter juga menstabilkan arus elektrik di dalam sistem inveter itu sendiri.

Air menitik dari dalam rumah, indoor? Kenapa?

Satu disebabkan oleh paip drain yang tersumbat. Kemungkinan kotor dan berlumut. Lama sangat tidak cuci dan dibersihkan. 

Kedua, insulation untuk paip copper tidak kemas. Maksudnya, paip copper tidak dibalut dengan kemas. Paip copper akan sedikit berpeluh (mengeluarkan air) ketika aircond dipasang. Jadi, anda perlu pastikan insulation paip copper yang berwarna hitam dibalut dengan kemas.

Ketiga, jika penghawa dingin yang baharu, dan  air menitik dari dalam. Kemungkinan laluan air (drain line) lebih tinggi dari yang aircond. Air tidak dapat melalui dengan sempurna dan akan terjadinya back flow.

Jadi, apakah tidakan anda?

Satu, anda perlulah membuka indoor unit anda, dan membersihkan.

Kedua, anda perlu memastikan yang paip insulation untuk copper digunakan dengan betul. Maksudnya, gunakan insulation yang betul, dan tidak terlampau tebal.

Ketiga, pastikan semasa pemasangan aircond, pipe drain berkeadaan condong sedikit untuk memudahkan air keluar dengan smooth. 

Kenapa aircond tidak sejuk? Apakah masalah yang sedang dihadapi?

1.       Finn Indoor Kotor
2.       Blower penuh dengan habuk
3.       Finn Outdoor Kotor
4.       Fan Outdoor penuh dengan habuk
5.       Laluan air (drain) tidak smooth
6.       Gas Freon kurang

Macam mana nak troubleshoot bahagian mana yang rosak?

Haaa. Bahagian troubleshooting ni yang mahal. Kenapa? Kerana orang yang ada ilmu dan berpengalaman yang mampu membantu. Saya pun masih lagi belajar dan selalu bertanya – tanya orang Hehehe. Ada banyak kerosakkan aircond, saya pun masih sedang belajar. 

Contoh kerosakkan yang ada adalah motor fan Outdoor rosak, motor blower rosak, sensoe monitor rosak dan lain – lain lagi. Jadi, macam mana nak pastikan yang komponen itu rosak?

Ini saya akan update dari masa ke semasa kalau saya laluinya.

Contoh untuk troubleshot motor fan outdoor yang rosak. Secara teorinya compressor akan berfungsi bersama dengan motor fan. Jadi, jika anda masukkan power ke outdoor unit, anda akan dapat merasakan sedikit gegaran dari compressor dan mendengar bunyi compressor, TAPI anda fan anda tidak berfungsi. Ini menunjukkan fan anda telah mengalami kerosakkan dan anda perlu gantikan dengan yang baru. 

Berapakah harga Gauge manifold?

Harga agak kasar juga. Huhuhu. Saya beli tahun 2016 pada RM220++. Saya x ingat berapa harga yang sepatutnya.

Bolehkan saya menggunakan aircond indoor 2HP, tetapi untuk outdoor unit, saya menggunakan 1.5HP. Macam mana? Minta pandangan?

Jangan, kerana compressor akan terlalu kuat bekerja. Life time compressor akan jadi kurang.

Kenapa paip copper terlalu berair? Macam mana untuk atas masalah ini?

Terlalu berair? Hhhmmm. Kalau ikutkan, paip copper memang akan berpeluh kerana gas sedang bergerak dan gas itu memang sejuk.

Jadi untuk mengatasinya, anda perlu menggunakan insulation paip copper dengan kemas. Caranya dengan tape hitamkan setiap sambungan insulation dan memastikan insulation tidak koyak.

Satu lagi pressure drop terlalu banyak. Jadi, Paip copper akan berpeluh dengan lebih kuat. Tetapi yang ni terjadi di Finn Indoor / Cooling coil. Ini sepatutnya tiada masalah kerana ada laluan air (drain).

Macam mana nak menukar gas dari R22 kepada R410A?

Peringatan, jika anda ingin menukar gas, jangan sesekali mencampurkan Freon. Kenapa? Kerana gas Freon mempunyai banyak perbezaan. Antaranya :

1.       Ketumpatan (density)
2.       Specifikasi (specification)
3.       Kecekapan (efficiency)

Kalau nak tukar gas refrigerant, anda perlu menukar minyak comporessor.
Tapi, kalau unit yang besar, anda perlu menukar filter dryer / filter core dan TXV Thermal Expansion Valve.

Kenapa anda mahu tukar gas?

Saya tengah mencari jawapan. 

Kenapa anda perlu elakkan gas Freon dari terkena tangan apabila mengecas Freon?

Secara saintifiknya saya kurang pasti, tetapi pada masa jangka panjang, ia akan merosakkkan sistem badan anda. Macam thinner kena tangan. Macam itulah. Sebab chemical  / bahan kimia boleh masuk ke dalam badan dengan empat cara

1.       Pernafasan (Inhalation)
2.       Makan (Digestion)
3.       Sentuhan kulit (Absorption)
4.       Radiasi (Radiation)

Bagaimanakah cara untuk memindahkan aircond rumah?

Untuk pindahkan, anda memerlukan banyak peralatan tools dan kudrat kerana kerja – kerja pemasangan aircond agak kasar. 

Peralatan yang perlu ada adalah

1.       Rotary Hammer Drill dan Mata Drill
2.       Flaring
3.       Gauge manifold
4.       Tong Gas Freon
5.       Tangga
6.       Simen Putih
7.       Paip Copper
8.       Spanner
9.       Allen Key
Dan banyak lagi peralatan.

Berbalik kepada soalan, bagaimana caranya untuk memindahkan aircond rumah?

Cara untuk membuka Aircond Split Unit.

1.       Tutup suis OFF
2.       Menutup injap / valve dekat outdoor compressor side.
3.       Buka sambungan paip copper. Gas akan keluar kerana remaining dari paip copper, bukan dari compressor
4.       Cabut Outdoor Unit beserta drain line
5.       Cabut Indoor Unit

Cara untuk memasang Aircond Split Unit.


1.       Tahu lokasi mana yang anda ingin letakkan
2.       Pasang Indoor Unit
3.       Pasang Outdoor unit beserta drain
4.       Pasang Paip Copper
5.       Buka injap / valve dekat outdoor unit compressor side
6.       Pastikan tiada kebocoran di sambungan paip copper
7.       ON kan Suis.
8.       Siap

Apakah fungsi injap dekat outdoor unit?

Semua aircond outdoor unit akan anda injap untuk tutup dan dan untuk mengelakkan kehilangan gas semasa proses membuka paip copper dan proses pemindahan aircond. Fungsinya adalah untuk mengurangkan kehilangan Freon. Kehilangan Freon hanya pada paip copper, tetapi tidak di dalam compressor.

Bolehkah saya menggunakan gauge manifold R410 untuk check Freon R22?

Boleh kalau gauge manifold anda mempunyai skala yang besar dan fitting yang betul. Lagisatu, pada gauge manifold anda akan ada tertulis Freon yang boleh digunakan. Maksodnya, ada tulis pada gauge manifold R22, R407 dan R410.

Kalau gas R22, bolehkah guna dekat aircond inveter?
Akan diupdate

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang.
Untuk sebarang pertanyaan atau khidmat bantuan, Boleh hubungi Saya Alang 013-6386109 atau Azim 017-6460498.

Kembali ke laman utama (klik sini)





68 comments:

  1. Terima kasih. Penerangan yang sangat jelas, dan sangat membantu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan..share ilmu yg sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Saya pum masih belajar lagi en. Tanya2 kawan juga.

      Delete
  4. Salam. Saya tersalah masuk gas r410a ke aircond r22. Next step apa ya? Aircond saya akan rosak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Iye ke en. Kalau dah tersalah masuk, sebaiknya, buang semua freon, pastu masukkan semula dengan freon asal iaitu R22. Itu yang sebaiknya lah.

      Delete
  5. Ilmu yg sngt brguna..tq bro..

    ReplyDelete
  6. Salam tuan, kalau R410A, dekat tong gas tu ada suruh terbalikkan. Maksudnya nak kena terbalikkan ke tong gas tu kalau nak masukkan? kalau terbalikkan jadi liquid pula. Tapi kalau masukkan dekat LP, kena masukkan gas. Pening pula.

    Satu lagi, R410A dengan R32 masukkkan 121psi~150psi. Tapi ada yg cakap masukkan R410A pakai timbang berat.

    Minta pencerahan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kalau masok di LP, tidak perlu terbalikkan tong gas sebab itu adalah line GAS

      Kalau masok di HP, en perlu terbalikkan tong gas sebab itu adalah line LIQUID.

      2. Masukkan R410 pakai timbang berat? nak timbang macam mana? pakai gauge manifold en. Bole tahu pressure berapa. Kan mudah.

      Delete
  7. Salam Tuan,adakah gas R410A merujuk kepada/sama dengan gas R410? Andainya berbeza, adakah kedua2 gas ini boleh dicampurkan? Saya ingin topup gas aircond saya yang asalnya R410A dengan R410.Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info
      Classified in group by using a combination of letter A and B for toxidity and numbers 1,2,3 for flammability

      A - For non toxis at 400ppm or less concentration
      B - for toxis at 400ppm or less
      1 - no flame propagation
      2 - low flammability
      3 - high flammability

      Delete
    2. Macam kes en ni, pendapat saya sebaiknya guna yang manufacturer bekalkan. itu sebaiknya.

      Kalau nak topup R410 (R410A gas asal) xdemasalah rasanya.

      Delete
  8. Assalamualaikum, berapa harga freon R410A setong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa. dulu2 saya beli tahun 2014 rm230++ en. Kalau sekarang ni, tahun 2018, saya x berapa pasti lah en. Bole husya2 lazada dan shopee en

      Delete
  9. Minta pandangan en. Aircond sy bila on kipas outdoor berpusing tapi cempressor tak bergegar... Cuma ada bunyi tott je selang 1minit....kapasitor dh tukar baru tapi masih sama... Bila dh dekat 5 minit dia trip... Compressor rosak ke or gas habis.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kompresor jammed..tukar kompresor..hehe

      Delete
    2. A.R.A>h bole adjust lagi tu jangan buag dulu try tukar overload dulu ...yg pasal omp bunyi tot tu cer turunkan komp then try ketuk bodynya dengan hammer and pad bahagian acumuator tu tembak dngan N2...kalau pening bole wassup kite Tsp aircool 0182760216

      Delete
  10. Hai nam minta pendapat.. aircond rumah saya nak isi freon meter nye penuh tetapi aircond Tak sejuk.. kipas dekat kompresser berpusing macam biasa.. yg ni brlaku kerosakan kat kompresser ataupun lubang dalam kompresser tersumbat? Sebab jika buka dekat bhgian valve kecil tiada angin keluar LANGSUNG.. mohon pencerahan

    ReplyDelete
  11. Hai nak minta pendapat.. aircond rumah saya nak isi freon meter nye penuh tetapi aircond Tak sejuk.. kipas dekat kompresser berpusing macam biasa.. yg ni brlaku kerosakan kat kompresser ataupun lubang dalam kompresser tersumbat? Sebab jika buka dekat bahagian valve kecil tiada angin keluar langsung.. mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kalu barang nama captube (r22) metering device (R410) sudah tersumbat .kasi tukar itu barang dulu

      Delete
    2. captube tu, yang ada gegelung copper. yang itu.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. maaf ye tsp aircool,,sy betulkan..
      metering device itu adalah nama utama..
      metering device terbahagi kpd bnyk jenis antaranya
      capillary tube,AEV,TXV dan lain2

      Delete
  12. en berapa pressure gas r22 4hp acson ceilling cassete type 3phase ye?

    ReplyDelete
  13. Copper kecil bee ice... Kipas berhenti2... Indoor tidak sejuk... Apa maksud?

    ReplyDelete
  14. Aslmkm.. encik mcm mana nak tentukan size copper pipe yg diperlukan? Contoh 1hp 1.5hp 2.0hp dgn 2.5hp.. apa size copper tube yg perlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiz copper tube yang biasa digunakan:
      1hp = 1/4 & 3/8
      1.5hp = 1/4 & 1/2
      2.0hp = 1/4 & 5/8
      2.5hp = 3/8 & 5/8

      Ketebalan paip mengikut jebis gas yang digunakan. Eg. R410 guna 0.61mm thickness.

      Ini saiz yang biasa ada pada aircond, tetapi ada kalanya sesetengah jenama ac tak mengikut saiz yang saya berikan. Kalau dah biasa pasang ac, tengok service valve dah boleh tahu saiz yang diperlukan.

      Delete
  15. assalam.. ekon indoor/comp outdoor berfungsi normal 30mnt shj dan led indoor berkelip/blower masih brfungsi,comp outdoor brhenti brfungsi..
    brand daikin 1.5 ecoking r410a
    kebiasaan jadi gitu sb ape ya tuan?
    tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo mcm tu selalu nye gas kurang ...cuba chek gas ..apabila gas kurang coil kat indoor sejuk hnya blh ats jee blh bawah x sejuk sensor coil kn ltk kt blh bwh coil ...tu blenking kuning ...tp kalo out door hnya kipas jln jee tp comperesor x jln pun blh jd gak ..selalu kapasitor rosak blh jd gak ...bnyk kemukinan ...

      Delete
  16. Salam,nak tanya kalau compressor guna r32 boleh tak refill guna gas r22???...tq

    ReplyDelete
  17. Kalau daikin, blinking led maksud gas kurang. Kompressor stop jalan. Ada leak di sesuatu tempat. Saya kena di low pressure valve leak. Letak oring dalam. Setel. Isi gas .

    ReplyDelete
  18. R32 guna r32. R410 guna r410. R22 guna r22. Itu pasal ada jenis jenis gas. Bukan main rojak

    ReplyDelete
  19. Bolehkah aircond r410 tukar gas kepada r32?

    ReplyDelete
  20. Boleh saya tahu jenis minyak yang digunakan dalam compressor gas air R22 dan berapa milimeter di perlukan

    ReplyDelete
  21. Berapa bacaan hp & lp untuk r22 & r410a?

    ReplyDelete
  22. Salam tuan..sy install aircon r32 inverter..piping dlm 7 mter..semasa pemasangan sy tak buat proses vacuum..tak sampai 1 bln hilang sejuk..bgaimana cra nk repair balik

    ReplyDelete
  23. Salam tuan sy install aircond inverter r32..piping dlm 7 mter..semasa pemasangan sy x buat proses vacuum..tak
    Sampai 1 bln sejuk hilang..bgimana cara nk repair balik

    ReplyDelete
  24. Perlu kah proses vacuum dilakukan

    ReplyDelete
  25. Slm..boleh kh sy guna manifold gauge r22 untuk aircond r32..guna adapter?

    ReplyDelete
  26. Paip copper r410a perlu pakai jenis inverter tak.asal kalau x silap paip inverter lebih ketebalan dia

    ReplyDelete
  27. Terbaek abam.alang..perkongsian yg sangat berguna. Semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  28. 3 bulan x on ekon. Bila on x sejuk ekon. Angin panas je keluar. Compressor jalan. Kipas pusing. Fin indoor ada ice. HP outdoor pun jadi ice. Org kata gas kurang. Cuma nak tahu mcm mana gas boleh kurang?

    ReplyDelete
  29. Thanks for the informative post the above shared format is very clear and easy to understand. It helps many readers to known more about refrigerant gases. Looking for more informative blogs R404a refrigerant

    ReplyDelete
  30. Terbaik.. terima kasih diatas perkongsian ..niceeee

    ReplyDelete
  31. Saye ade peti soft ice cream ,die guna gas r290 camne ye nk top up gas nye,adakah same macm nak top up gas2 peti yg lain

    ReplyDelete
  32. 410a aircond ia tidak cukup sejuk.r22 lg terbaik sejuk.nie bkn negara sejuk.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum..terima kasih kerana sudi mengajar cara isi gas aircond..saya mengikut langkah2 dan cuba isi sendiri gas dan berjaya..terima kasih

    ReplyDelete
  34. Tuan..boleh kah saya tukarkan gas r22 yg asal...dan masukkan gasr32?dan bagaimana cara utk menukar myk compressor?atau sy buangkan habis gas r22 dan terus gantikan dgn r32

    ReplyDelete
  35. Salam tuan...kalau sy gantikan gas r22 yg asal kepada r32..adakah bacaan meter ikut r22,atau r32?

    ReplyDelete
  36. Assalammualaikum tuan..
    Saya ada gauges r22/r134a/r404a/r407c..boleh ke pakai untuk gas r410a?

    ReplyDelete
  37. Terbaikkk.. trimakasih ..ilmu yg sgt2 bermanfaat utk newbie mcm sy

    ReplyDelete
  38. Salam tuan..boleh kah a/c r22 guna gas r134

    ReplyDelete
  39. Boleh beri penjelasan kalau aircond r410 dan r22 dan r32 ketebalan copper pipe berapa?

    ReplyDelete
  40. Terbaikk tuann..kalau nak servis aircond murah² area shah alam boleh tekan sini Servis Aircond Murah Shah Alam

    ReplyDelete
  41. Cara nak pindah unit aircond tu..part nak buka paip tu salah...sepatutnya masa aircond on...tutup paip kecik punya allenkey..dalam beberapa saat(pegang paip akan rasa makin panas)..masa ni tutup plak allenkey pada paip besar....insyaallah ..cabutlapaip..takdenya gas keluar

    ReplyDelete
  42. Bermanfaat untuk menimba pengetahuan.
    Walaupun tak perfect ,namun sekurang kurangnya kita tahu apa yg s buat

    ReplyDelete
  43. Thanks for sharing such valuable information. I would like to say that r134a refrigerant as compared to other refrigerants has a higher cooling capacity, which means it can cool down a space faster and more effectively.

    ReplyDelete
  44. Menarik info. T.kasih bnyak

    ReplyDelete