Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Saturday, 17 June 2017

Cara Drill Tiles Tanpa Pecah atau Sompek dan Teknik Pertukangan Menggunakan Drill

Teknik - Teknik Asas Pertukangan, Cara Drill Tiles tanpa Pecah atau Sompek, Tips untuk membeli drill, Cara menentukan laluan air dan elektrik dalam simen, cara penyelesaian lubang besar di dinding dan banyak lagi.


Sudah pasti anda pernah merasai perasaan apabila menebuk lubang di jubin atau tiles, tiba - tiba sahaja sompek. Aduuuhhhhh. Hilang MACHO beb. Pastu, orang akan cakap, siapalah yang buat kerja macam ini. Malu gak kan.

Dan kalau anda mahukan ilmu - ilmu pertukangan di rumah, WAJIB klik link ini. In Shaa Allah sangat membantu.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Tips Pertukangan menggunakan Drill



Sompek tu luaran sahaja, tetapi luaran lah yang akan mencerminkan kerja kita macam mana. Kualiti atau hanya nak siapkan kerja semata - mata.

Ini moto yang selalu saya gunakan.

"Jangan Banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Saya ada kongsikan video di Youtube, In shaa Allah boleh membantu anda semua.

Video 1 : Cara dan teknik Memasang Wall plug Plastik dan Memasang Frame Bingkai Gambar Di Dinding. Bantu saya dengan SUBSCRIBE. Klik sini untuk lihat Video 1


Teknik - Teknik Asas Pertukangan, Cara Drill Tiles tanpa Pecah atau Sompek, Tips untuk membeli drill, Cara menentukan laluan air dan elektrik dalam simen, cara penyelesaian lubang besar di dinding dan banyak lagi.
Video 1 : Cara dan teknik Memasang Wall plug Plastik dan Memasang Frame Bingkai Gambar Di Dinding.

Video 2 : Cara dan Teknik Mencabut dan Mengeluarkan Wall Plug Besi Tanpa Merosakkan Dinding. Bantu saya dengan SUBSCRIBE. Klik Sini untuk lihat Video. 


Cara dan Teknik Mengeluarkan dan Mencabut Wall Plug Besi Tanpa Merosakkan Dinding. Situasi Sebenar.
Video 2 : Cara dan Teknik Mencabut dan Mengeluarkan Wall Plug Besi Tanpa Merosakkan Dinding
Jom lihat Video di Youtube. Cara dan Teknik Mencabut dan Mengeluarkan Wall Plug Besi Tanpa Merosakkan Dinding. 

Tetapi sompek masih tidak apa lagi. Apa yang lebih mengejutkan lagi, apabila anda sedang melakukan kerja - kerja menebuk lubang di bilik air, tetiba sahaja, air terpancut??? WHATTTT? Mesti terkejut, pastu muka menjadi pucat. Saya pasti sebab saya pernah laluinya sebelum ini.

Jadi, kenapa jadi macam ini? Adakah anda yang perlu dipersalahkan. Siapa yang drill akan dipersalahkan. Kenapa? Kerana anda tidak kaji dahulu laluan air dalam dinding simen. Jadi, macam mana nak tahu? Jeng jeng jenggggg....

Itu dekat bilik air, kalau nak tebuk di bahagian lain? Yang ada wayar elektrik, wayar cable telefon dan cable TV? Macam mana? Sapa nak habaq niiii? Ini semua anda perlu tahu semasa kerja - kerja penebukkan dinding. Jangan pakai tebuk je, merana nanti. Hahaha.

Pastu, masa tebuk - tebuk lubang pula, lubang di dinding simen menjadi besar? Addoooiiiiii. Sebab apa jadi macam ni? Salah drill ke atau salah aku? Kalau lubang dah besar, nak buat macam mana ni??? Tolongggg.

Lagi, apabila dah tebuk lubang, tapi lubang yang tu, anda tidak mahu guna lagi. Lubang tu nak buat macam mana? Nak biarkan, nanti buruk, Nak buat tidak tahu. Jadi macam mana niii?

Selain itu, anda malas nak drill, hanya nak paku di dinding. Tapi bila paku pula, simennya kekadang boleh pecah dan tidak cantik. Macam mana nak ketuk paku di simen tanpa pecah?

Pastu, bila nak drill, mata drill mana yang sesuai untuk digunakan? Mata drill ada banyak jenis. Antaranya mata drill untuk simen konkrit, untuk besi dan untuk kayu. Macam mana nak bezakan?

Sebelum nak drill, apa yang perlu ada? 
Pengetuk, wall plug, scru, scru driver, drill, tahu apa yang nak drill, tahu nak drill dekat mana. Ini penting

Semasa nak drill dinding, saya nak guna wall plug apa? Sebab wall plug ada banyak jenis. Antaranya wall plug plastik, wall plug besi dan butterfly wall plug. Hmmm. Apa bezanya?

Dan akhir sekali, kalau anda belum memiliki drill. Drill mana yang anda  nak beli? Meh saya suggestkan. Saya cadangkan yang baek terbaek, tip top meletop.

Banyaknya soalan kau tu Afiq!! Sapa laa yang nak baca tu. Mengantok oiii. Jom baca satu persatu. Saya kupaskan. 

Soalan Pertama. Kalau anda masih belum memiliki sebarang penebuk lubang atau drill, drill apakah yang paling sesuai untuk dibeli? 

Saya kongsikan mengikut pengalaman saya. Saya sekarang ada 3 buah drill. Tapi ketiga - tiga drill itu, adalah drill yang berbeza. Kenapa? Mari lihat gambar drill di bawah. 

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch Pertama

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch Kedua

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch Ketiga. Paling Terbaik

Ok. Gambar di atas adalah drill atau penebuk lubang. Tapi apa yang membezakan antara ketiga - tiga drill di atas?

Drill yang pertama, ia hanya ada fungsi pusing sahaja. Lain tidak ada.

Drill yang kedua, ada fungsi pusing dan ketuk (hacking) tapi hackingnya sedikit sahaja. Ini kalau drill konkrit, memang jenuh. Sebabnya, anda akan menggunakan banyak tenaga untuk menolak drill tersebut. Dari mood anda baik, normal dan rajin, mood anda akan berubah, sebab susah sangat nak buat lubang untuk simen konkrit. Selain itu, kemungkinan bakal terjadi adalah, lubang yang bakal dihasilkan, tidak cermat iaitu mungkin menjadi besar dan lari dari kedudukkan asal.

Drill yang ketiga, ini adalah drill yang terbaik. Harganya memang mahal. Ianya tidak dapat dinafikan. Bak kata pepatah

"Alah membeli, menang memakai"

Fungsi drill yang ketiga ini adalah pusing, pusing + hacking dan hacking sahaja. Hacking drill ketiga ini jauh lebih kuat dari drill yang kedua. Hasilnya, sangat lumayan. Lubang yang bakal dihasilkan sangat cermat, cantik, dan tidak memerlukan banyak tenaga anda. Memang superb.

Lihat gambar lagi. Anda boleh nampak perbezaan saiz nya.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch

Haaa. Nampak tak bezanya antara drill kedua dan ketiha. Anda nilailah sendiri yeee. ^_^

Tu antara Bosch dengan Bosch. 

Ini pula, drill yang hampir sama tapi kekuatan yang berbeza. Makita lebih kuat berbanding Bosch. Saiz dan harga pun lebih kurang sama.

Mana satu drill yang lebih baik, saya tidak berapa pasti. Anda boleh bertanya kepada saya atau bertanya kepada sesiapa yang ada drill ini.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch dan Makita

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Drill Bosch dan Makita

Kedua. Sebelum nak drill, apa yang anda perlu tahu?

Apa yang anda perlu tahu sebelum drill adalah laluan air, lalauan wayar elektrik, wayar TV dan wayar Telefon. Jadi, macam mana nak tahu laluan air dalam dinding simen?

Kebiasaannya laluan air ada di dalam bilik air dan sinki dapur. Jadi anda perlu sangat berhati - hati ketika menggerudi di kawasan ini. Untuk laluan air, kebiasaannya paip dalam keadaan straight. Kalau bengkok - bengkok disebabkan ELBOW, T JOINT dan CAP. Selain dari tu, tak ada dah. Dari gambar di bawah, macam mana untuk mengenal pasti laluan air?

Tips Pertukangan menggunakan Drill


Tips Pertukangan menggunakan Drill


Haaaa. Yang hitam itu adalah laluan air. Jadi, jangan sesekali menggerudi di kawasan tersebut. Jangan. Amaran Kerassss!! Ni contoh lain.

Tips Pertukangan menggunakan Drill

Tips Pertukangan menggunakan Drill

Ini satu lagi contoh terakhir.

Tips Pertukangan menggunakan Drill


Tips Pertukangan menggunakan Drill


Jadi. Apa yang anda dah dapat? Nanti komen di bawah blog yeee.

Macam mana pula nak tahu kedudukkan wayar Elektrik?

Untuk elektrik, kebiasaannya ia akan melalui di atas soket 3pin dan soket suis. 

Tips Pertukangan menggunakan Drill

Tips Pertukangan menggunakan Drill

Haaa. dari gambar di atas, macam mana nak tahu laluan wayar elektrik? Hehehe. Lihat gambar di bawah.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Add caption

Tips Pertukangan menggunakan Drill

Warna Merah menunjukkan PUNCA laluan wayar elektrik. Manakala
Warna Hijau menunjukkan laluan wayar elektrik.

Jadi, anda sudah tahu untuk mengenalpasti laluan elektrik kan. Ia sama jugak laluan wayar TV dan Telefon, sama sahaja. Jadi, anda mestilah sangat berhati - hati ketika melakukan kerja - kerja penggerudian.

Jika anda sudah faham di atas. Mari teruskan.

Soalan Ketiga, macam mana nak tebuk jubin atau tiles. Ni laaa yang anda nak tahu. 

Ok. Pertama sekali saya nak tanya anda semua. Bila anda ada peluang tebuk tiles. Bahagian manakah anda nak tebuk? Atau main tebuk je? Yang ni sila berikan feedback anda di bahagian comment di bawah sekali. Saya nak tahu dan ingin tahu. Tolong ye kawan- kawan.

Yang kedua, anda ada tak pastikan laluan air dalam simen?

Yang ketiga, Mata drill apakah yang anda gunakan?

Ok, macam mana nak drill ni. Lihat gambar di bawah. Saya akan terangkan secara terperinci.

Tips Pertukangan menggunakan Drill

Bayangkan, ini adalah tiles di dalam bilik air anda. Bahagian mana yang perlu ditebuk? Tak pe, saya kasi jawapan terus. Hehehe. Ini mengikut pengalaman saya.

Tips Pertukangan menggunakan Drill

Nampak kan yang warna merah. Di kawasan bertanda merah tu, jangan sesekali tebuk di situ. Kerana situ adalah weak point untuk tiles. Kemungkinan besar apabila anda tebuk, mesti tersopek tiles tu. Jadi....

Tips Pertukangan menggunakan Drill


Tips Pertukangan menggunakan Drill

Tebuk di bahagian bertanda hijau tu. Maksodnya, proses penebukkan jauh dari tepi - tepian tiles tu. Jauh sikit dari tepi. In Shaa Allah anda akan mendapat hasil yang superb WOW!!

Bila anda dah tahu yang itu, macam mana nak tahu langkah - langkah untuk menebuk jubin atau tiles?

Pertama sekali, anda perlu tanda bahagian yang anda nak tebuk.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Pertama, tanda dahulu mana yang ingin ditebuk
Tips Pertukangan menggunakan Drill
Kedua, calarkan sedikit jubin / tiles 

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Kedua, calarkan sedikit jubin / tiles 


Ini adalah untuk memudahkan anda drill. Fungsinya kerana untuk mengGUIDE mata drill supaya tidak terpesong dari landasan.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Ketiga, mulakan drill
Pada permulaan drill, anda perlulah menggunakan speed yang perlahan dan perlu berhati - hati untuk mengelakkan sopeknya jubin anda. Layannn je. Pastukan semasa drill, tangan anda dalam keadaan tegak.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
ODW nak tembus
Tips Pertukangan menggunakan Drill
Tadaaaa. Cantik kannnn Lubang yang telah dibuat
Nampak kan, kemas dan suci lagi murni. 

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Masukkan wall plug dannnn

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Siapppp!! Timbang air pun kelihatan sangat comeyy ^_^
Tahniah, anda sudah berjaya ke tahap ini. Sila teruskan membaca dan teruskan dengan soalan - soalan seterusnya. 

Ini yang salah. Jangan ikut.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Tebuk di bahagian bucu. Jangan ikut

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Tebuk di bahagian bucu. Jangan ikut

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Menggunakan speed drill yang laju. Hasil yang tidak kemas. Perlu letak filler atau simen pu

Soalan Keempat, bila anda dah tebuk simen, pastu lubang jadi besar? Macam mana nak buat tuuu?


Anda jangan cemas. Anda perlu berdoa supaya dapat ilham. Meh saya kongsikan idea. Caranya adalah di wall plug itu sendiri. 

Pertama sekali, anda perlu memotong dua wall plug. Kasi terbelah dua.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Potong wall plug menjadi dua
Selepas itu, potong bahagian yang hujung. Ambil bahagian depan sahaja.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Potong bahagian Hujung. 
Tips Pertukangan menggunakan Drill
Bahagian depan sahaja yang mahu digunakan
Selepasnya, Masukkan bahagian yang dah dipotong ke dalam simen.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Masukkan macam ini ke dalam dinding

Kemudian, ambil wall plug baharu, dan masukkan diantara wall plug yang telah dipotong tadi ke dalam simen. Siapppppp. 

Soalan kelima. Bila dah tebuk, pastu, anda tidak mahu menggunakan lubang tersebut. Macam mana?

Bila dah ada lubang, dan dah ada wall plug, cara terbaik untuk tidak menggunakan lubang tersebut adalah

1. Membiarkan ia dengan skru

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Cara 1 : Biarkan skru bersama wall plug plastik

2. Membuang wall plug yang ada dan tampal dengan simen putih atau filler

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Masukkan semula skru ke dalam wall plug plastik
Tips Pertukangan menggunakan Drill
Ambil kuku kambing dan tarik

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Lepas itu, tampal dengan Filler atau simen putih
Ini adalah cara yang salah. Jangan amalkan. Tidak kemas. 

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Cara yang tidak kemas. Sepatutnya buang dahulu wall plug, kemudian letakkan simen putih. Jangan ikut. 

Soalan Keenam. Penggunaan mata drill yang sesuai. 

Kalau diikutkan, ada pelbagai mata drill yang ada di kedai - kedai hardware. Tapi yang saya nak kongsikan ini adalah mata drill yang biasa digunakan di rumah dan kerja - kerja yang basic. Mata drill biasa ada 3 jenis, mata drill batu (untuk simen, jubin), mata drill kayu dan mata drill besi.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Mata Drill yang biasa digunakan
Untuk mata drill batu, ianya berbentuk seperti gambar di bawah. Kepalanya besar dan nampak padu.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Mata Drill untuk Simen  Batu / Dinding Konkrit
Untuk mata drill kayu pula, depannya berkeadaan sedikit tajam untuk memudahkan anda drill semasa meletakkan mata drill di atas permukaan kayu. Tapi untuk menebuk kayu, anda juga boleh menggunakan mata drill besi kerana kayu bukannya keras berbanding dengan besi.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Mata Drill Kayu

Untuk mata drill besi pula, ianya tajam di hadapan. Fungsinya untuk membusi permukaan besi yang keras.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Mata Drill Besi


Soalan Ketujuh. Penggunaan wall plug biasa, wall plug besi dan butterfly wall plug.

Banyak saiz dan jenis wallplug yang ada di market. Antaranya adalah wall plug plastik, wall plug besi dan butterfly wall plug.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Wall Plug Plastik
Wall plug plastik digunakan di atas permukaan simen, konkrit dan jubin. Ia digunakan untuk memegang sesuatu peralatan yang ringan. Saiz mata drill yang sesuai adalah saiz 6mm.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Mata Drill  Saiz 6mm yang digunakan

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Mata Drill Saiz 10mm untuk yang besar
Kebisaannya, wall plug plastik yang besar ini digunakan untuk memasang braket TV.

Manakala, wall plug besi, sama seperti wall plug plastik, apa yang membezakannya adalah, wall plug besi ini digunakan untuk memegang benda - benda yang berat. Saiz mata drill yang digunakan bergantung kepada wall plug besi antaranya mata saiz 8, 10, dan 12.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Wall Plug Besi

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Saiz Wall Plug Besi
Nampak kan nombor yang ada di cover besi. Itu adalah saiz wall plug besi dan anda boleh gunakan nombor itu sebagai rujukan saiz mata drill.

Apa yang menyebabkan wall plug besi dapat memegang benda yang berat?Lihat gambar di bawah. Nampak kan cover besi itu? Semakin ketat anda mengikat skru, semakin besar keterbukaan covernya. Jadi, itu yang akan memegang simen dengan kuat sekali.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Yang saya tunjuk itu, adalah cover besi
Dan jangan terbalik ketika memasukkan cover besi ke dalam dinding. Ini Contoh

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Gambar 1. Ini Salah

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Gambar 2. Ini Betul
Lihat, apa yang membezakan kedua - dua cover wall plug besi di atas. Ingatan, JANGAN SESEKALI TERBALIK KETIKA MEMASUKKAN COVER BESI.

Konsep wall plug besi adalah semakin ketat anda mengikat skru, semakin besar keterbukaan cover besi di bahagian belakang. Ini lah fungsi cover besi tersebut.

Tetapi.  anda jangan menyesal, apabila wall plug besi ini tersekat dan tidak boleh masuk ke dalam simen. Ini yang akan membuatkan ada sakit hati.

Ini tipsnya. Tips untuk mendrill wall plug besi adalah

1. Pastikan saiz mata drill sesuai dengan wall plug besi.
2. Semasa menebuk, pastikan lubang yang dihasilkan betul - betul dalam.
3. Jangan sesekali mengetuk thread / benang. Tetapi masukkan nut dan ketuk bersama. Jangan ketuk kuat sangat.
4. Bila dah ketuk nut, cover besi masih tidak masuk. Ambil scru driver, dan ketuk dekat covernya.

Cara untuk mengatasi masalah wall plug besi.

Masalah yang sering saya hadapi adalah, lubang kecil, lubang tidak cukup dalam, dan ketat sangat nak masukkan wall plug besi ini. Cara mengatasinya adalah membawa wall plug besi ini keluar.

Ini yang menjadi masalah. Nak bawa kluar wall plug besi. Adoooiiii, menangis - nangis.

Caranya adalah, ambil long nose plier, keluarkan nut dan tarik cover besi. Pastikan anda usaha sebaik mungkin. Hahahaha. Kalau tidak berjaya jugak, ada penyelesaianya.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Ini saya yang buat. Huaaaaa. Nangisss
Nasi dah jadi bubur. tak leh buat apa dah. Huhu

Cara terakhir adalah ambil grind atau gergagi besi, potong lebihan wall plug besi supaya sama dengan dinding dan tutup semula dengan simen putih atau filler.

Untuk butterfly wall plug, ianya digunakan di syiling kapur untuk memegang dan menggantung lampu panjang dan lampu antik.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
ButterFly Wall Plug
Tips Pertukangan menggunakan Drill
Mata Drill Saiz 8

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Masukkan Butterfly Wall Plug ke dalam syiling kapur

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Nak masukkan, kepit dahulu. Hehehe. 

Soalan Kelapan. Bagaimana hendak paku tanpa memecahkan simen?

Haaa. Selalunya, kalau anda paku di dinding, kemungkinan simen untuk pecah, tinggi. Gambar di bawah adalah contoh.Hasil yang tidak kemas.

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Paku tanpa salotap. Pecah sedikit Simen Dinding

Tips Pertukangan menggunakan Drill
Paku tanpa salotap. Pecah sedikit Simen Dinding
Jadi caranya adalah meletakkan salotap di dinding dan kemudian, paku. Siappp. 

Tahniah, anda berjaya menghabiskan. Jikalau tidak membebankan, kongsikan artikel ini kepada yang lain.

Anda juga dialukan untuk memberikan pandangan di bahagian comment di bawah. Saya akan balas secepatnya.

Sekian sahaja Butiran Hikmah dari saya Alang.


95 comments:

  1. Terima kasih tuan, sangat lengkap infonya..baru beli hammer drill drp MrDiy, tapi tak tahu guna, haha..mujur ada info ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba ke drill yang baru beli. Menjadi x? Bagus lah kalau artikel saya ini membantu en. Terbaik

      Delete
  2. Tuan kalau sya nk pasang brcket tv dkt dindng wall plug saiz apa perlu saya pkai..dan adakah msti guna wall plug besi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa. Guna wall plug plastik yg saiz 10mm. Pastu, guna mata drill saiz 10mmjugak. Conpom hasil cun melecun. Tidak digalakkan pakai wall plug besi. TV x berat pun. Jangan risau, wall plug plastik tu kuat.

      Delete
    2. Aaa. Guna wall plug plastik yg saiz 10mm. Pastu, guna mata drill saiz 10mmjugak. Conpom hasil cun melecun. Tidak digalakkan pakai wall plug besi. TV x berat pun. Jangan risau, wall plug plastik tu kuat.

      Delete
  3. info yg sangat bagus. terbaik tuan.

    ReplyDelete
  4. Encik boleh datang rumah saya? Saya nak mintak tolong drill kan table top utk dinding tiles saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Rumah area mana? nak buat lubang untuk apa? Untuk masukkan getah hose gas ke?

      Delete
  5. salam en...biasa gril tingkap org paku pakai apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tingkap yg jenis macam mana ye? Tingkap nako ke, tingkap sliding ke? atau macam mana

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sangat membantu!

    saya ada satu soalan tuan, apa kemungkinan kita drill tiles tapi tak masuk. mata drill smpai tumpul & hangus..adakah tersilap drill paip air? ini utk area bilik air. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa. Soalan bagus ni. Kenapa drill tiles, tapi tidak masuk. Mata drill tumpul dan hangus? Ni dari pengalaman saya laa. Salah satu sebab adalah tiles tu sangat keras. Saya pernah kena tiles yg keras macam tu. Drill dah guna yang power, mata drill pula yang biasa digunakan. Tapi bila drill guna speed laju dan hacking, tiles akan tersopek. So, kene buat slow2 untuk elakkan tiles tersopek. Ambil masa lama ni. Layann je. Buat sampai mata drill tembus tiles.

      Delete
    2. Adakah tersilap drill paip air? TIDAK. Sebabnya adalah dalam rumah, pemaju/kontrator akan gunakan paip PVC atau paip GI(galvanized iron). Bila mata drill kene paip air, xkisahlah paip PVC atau GI, mesti bocor. Air akan terpancut keluar.

      Saya pernah kene, masa zaman noobies dulu, saya drill, dalam bilik air, air terpancut keluar. Runsing oo sebab masa tu tidak tahu cara nak agak laluan air dalam simen dan dalam bilik air. (^_^)

      Delete
    3. Biasanya dalam rumah, pemaju akan gunakan paip PVC setengah inch. Klu nak kepastian, anda boleh lihat pada pili air. Lihat penyambungnya. Situ boleh tahu. Okeyyy.

      Delete
  8. Drill tiles tandas tu pakai mode hacking + drill atau drill saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene pakai hacking + drill. Tapi speed jngn laju. Layan kan aje. Baru molek.

      Delete
  9. Tq bro perkongsian. Masa drill perlu tekan x? Dan ada xtips supaya x sepah habuk masa drilling?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 bro. Kalau pakai rotary hammer drill macam gambar kat atas, tekan siket. Layan je, sebab drill akan masuk sendiri dan hasilnya lubang awesome.

      Berkenaan dengan habuk, kalau en ada dust collector, itu terbaik. Kalau tiada, en buat macam ni.

      En basahkan kain kecil, pastu masa nak drill, letakkan kain tu, kat bawah mata drill. Macam nak tadah habuk. Saya selalu buat macam tu. Sebab saya xde dust collector. Hehehe

      Delete
    2. Hehe.. biasa guna salotape dgn plastik bungkus biase je.. salotape melintang bawah tmpt kita nk drill..byk jugak mbantu..

      Delete
    3. Aaaa. Betul. Boleh jee, skill masing2. Kreatif dan rajin, semua benda leh buat. Hehehe.

      Delete
    4. Taknak habuk bersepah senang je letak vakum kt bwah mata drill InshaAllah habuk semua mersapm ke dlm vakum... Tu cara sya slalu buat hehe

      Delete
    5. Betul2. Ni kalau buat kerja berdua sangat senang. Saya pon biasa menggunakan cara ini. Terbaik en, share idea. Orang macam ini yg terbaikk. Salute!!

      Delete
  10. Terbaik info tuan.. nak tanye ada beza tak kualiti atau tahan lama antara mata yg jenis plug in dgn mata yg kene ketat tu.. satu lagi antara dua tu yang mana lg byk orang pakai dan senang nk cari..bru je beli driller yg jenis ketat..

    ReplyDelete
  11. Aaa. Mana yg ok kan? Pendapat saya, yg jenis plug and play tu. Sebab tu cepat nak buat kerja.

    Lagi satu, drill yang jenis ketatkan tu, drill kecil2. Macam cordless drill dan drill elektrik yg kecil2.

    Kalau drill yang plug and play tu, drill agak besar siket dan berat. Tapi buat kerja memang power, pantas dan cermat. Sebb torque pon power jugak. Memang sedap.

    Nak beli drill pun ikut kita juga. Contohnya bajet dan penggunaan kita.

    Kualiti mata drill pula, berdasarkan brand yg kita beli. Saya beli yang murah2 je. Hehehe. Asal leh tebuk. Hehehe

    ReplyDelete
  12. mcm mna nk tahu drill kuat x kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok torqur. Kene lihat spec. Pastu, drill tu besar. Baru power dan padu. Hehehe

      Delete
    2. Torque yg mcmne baru ok boss??

      Delete
  13. Terima kasih tuan... Ilmu sangat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah en. Terbaik2. Klu ada pape nak kongsi idea, bole komen kat sini. Okeyy

      Delete
  14. Mcm mne nk drill dkt dinding kosong..asal drill je pecah2..nk sangkut rak buku..😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinding Kosong? Maksodnya, dinding tu ada ruang2 yang tidak penuh dengan simen ke? atau macam mana?

      Kalau ikutkan, dinding mesti ada simen dan batu bata. So, lepas kita tebuk, WAJIB masukkan wallplug, kemudian ikat dengan scru. Baru hasilnya luar biasa.

      Kalau tidak menjawab soalan, kasitau sini, saya balas. Biar semua orang yang baca, mendapat manfaat bersama

      Delete
  15. untuk drill dinding tiles boleh ke letak selotip? Tiles mudah pecah or retak tak bila drill?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En, ni saya xpernah cuba lah. Tapi kalau ikutkan, xyah letak pon xpe. Sebab tiles ni keras. Tiles akan pecah akan hacking dari Drill kuat.

      Kalau en letak salotap, xde pape kesan rasanya. tapi en boleh je cuba, pastu, kasitau kat sini. Okeyyy

      Delete
  16. Hebat artikel ni tuan...byk membantu...tq...

    ReplyDelete
  17. Kalau nak gantung lampu kt syiling konkrit kne pakai wall plug plastik ke or wall plug besi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallplug plastik je en. lampu x berat mana pun. okeyyy

      Delete
  18. saya nak gantung frame kat dinding..tapi bila saya drill dinding tak boleh masuk..dinding jadi pecah...boleh tuan komen sikit x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa. ni sebab dinding. dinding tu keras. So, en kene guna drill yang ketiga yang saya cakap kat atas tu. senang buat kerja, sebab hackingnya kuat.

      Yang en kata pecah tu, bahagian luar sahaja, bahagian dalam xdpt tembus lagi.

      Delete
  19. sy pernah tebuk dinding, rmh flat tgkt 2.. nk tebuk 4 lubang untuk bracket tv, lubang pertama tebuk ok je.. sekali lubang kedua dan seterusnya blh tebuk separuh je.. mata drill jd hangus + tumpul.. syak ade besi la kt dlm dinding tu.. ke ada masalah dgn mata drill? sbb mata drill rm2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata drill kat DIY je saya beli. murah2 sahaja. Pendapat saya, mata drill bukan penyebab, sebab kita sedang tebuk dinding, bukannya tebuk besi.

      Saya pon pernah kene, drill2, tapi xboleh masok, biasanya mmg ada besi kat dalam dinding tu. Tu sebab hangus dan tumpul mata drill. Hehehe

      Delete
  20. Alhamdulillah. Terbaik Bos, tulis kat sini.

    ReplyDelete
  21. Kalo pkai wall plug size 6 mm untuk gantung bracket tv agak2 kuat tak...untuk tv 32inch..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa. Boleh jee. Xde masalahpun. Tapi kan, klu beli bracket tv, kan dia akan sertakan dengan wall plug saiz 10. Better pakai yg tu je

      Delete
  22. Gud info. Blh tak tolong drill rumah sy. Blh kira kos upah. Tak berani nak buat sendiri.

    ReplyDelete
  23. TERIMA KASIH tuan..share ilmu yang sangat memberi manfaat

    ReplyDelete
  24. info yang berguna..terima kasih ats ilmunya
    sy nk tanya drill bosch yg ketiga/terbaik tu ada no. siri nye x?harga dlm brapa RM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. GBH 2-20 DRE. Dalam RM500+- en. Macam tu. Nombor siri saya x sure lah en. Nombor model tu ada lah.

      Delete
  25. Kalau nak gantung frame gambar atau jam. Mana lagi better, drill atau paku ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. drill lah en. Sebab kalau guna paku, kemungkinan dinding itu akan sompek. Jadinya tak kemas. Berbeza dengan drill, hasilnya kemas dan cermat. Dinding pon tak rosak

      Delete
    2. Okayy.. tq atas pendapat ..

      Delete
  26. En nak nak tanya sesuai ke drill dinding pakai drill yg 12v

    ReplyDelete
    Replies
    1. cordless 12V kan. X sesuai en. Sebab codless, light duty sesuai, dinding ni heavy duty sedikit. Better pakai drill yang besar.

      Satu lagi sebab, cordless ni mahal. Hehe. Kalau tebuk2 dinding ni, xlama laa drill cordless tu en.

      Delete
  27. Dalam artikel x bagitahu pun mata drill apa guna untuk drill dinding tiles tu tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna mata batu juga en. Buat slow2 sahaja. Tapi ad jual mata diamond. Boleh pakai juga,

      Delete
  28. Selamat pagi Encik tumpang Tanya saya guna drill brand diy..bila saya drill dinding konkrit 1 inci pun tidak masuk..masalah dia mata ke atau drill..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. konkrik mmg keras. guna brand diy xde masalah pun asalkn drill tu mmg besar dan ianya rotary hammer drill. klu pakai cordless, mmg x mosok en.

      Delete
    2. Ada mata untuk konkrit. Pegi je hardware. Tanya je apek tu. Semua jawapan dia tau. Untuk drill tiles pulak sebenaknya boleh je drill mana2. Mulakan dengan mata tiles dulu. Dah tembus tiles baru drill pakai mata batu. Buat benda2 mcm ni sebenarnya tools dan alat kena betul. Baru kerja jadi mudah. Nak tau alat btol atau tak rajin2kan mulut tanya apek hardware. InsyaAallah dorang mmg membantu.

      Delete
  29. dan mcm mana pula care buka wall plug besi apabila sudah tidak digunakan?

    ReplyDelete
  30. Boleh ka saya guna mata drill yg fungsinya utk tebuk besi tapi saya gunakannya utk tebuk dinding batu rumah..

    ReplyDelete
  31. Banyak pedoman dalam penulisan ini...semoga menjadi asbab amal jariah buat tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tq banyak2 en. SUBSCRIBE channel youtube saya, search Alang N Afiq

      Delete
  32. salam.tuan nak tanya camne nak sambung casing yg petak bagi lurus.
    lagi 1 kalau nak hacking dinding tanam wayar camne nak buat bagi senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa. ni dalam youtube saya ada. cara nak kasi casing wire yang petak tu, tegak. Ok. SUBSCRIBE channel youtube saya, search Alang N Afiq

      Delete
  33. Salam Tuan. nak tanya, selalu nya orang pakai apa ya untuk tebuk dinding yang berjubin untuk size paip PVC. Saya nak buat saluran untuk mesin basuh. saluran tu saya nak sambung dari saluran paip singki terus keluar rumah kawasan balkoni belakang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa. kalau nak masuk pipe, tanam pipe, ni kena guna grinder mata batu en. pastu hacking. pastu baru tanam pipe air. cam tu en

      Delete
  34. Ada cadangan tak.. Untuk dinding partiton atau simenbord..nak guna pakai apa.. Untk sangkut reel langsir.. Butterfly bolh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa. dinding partition ni, en terus pakai screw. xpayah nak pakai wall plug plastik. Ok.

      Delete
  35. terima kasih macam2 info dari tuan, sangat2 membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. nanti subscribe channel youtube saya. Alang N Afiq

      Delete
  36. Salam tuan...kalau nak pasang rod langsir dekat pintu or tingkap kan...mcm mana kita nak agak kedudukan besi dlm konkrit tu sblum kita drill?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu, kita x boleh nak tahu. Jika kita tebuk dinding, pastu terlanggar besi. so pastu, en buat lubang baru. cam tu en caranya.

      Delete
  37. TERIMA KASIH TUAN KERANA MEMBERI ILMU YANG SANGAT BERNILAI KEPADA ORANG LAIN.SEMOGA TUHAN MEMBERKATI TUAN SENTIASA.AMIN..

    ReplyDelete
  38. Assalam adakah mangkuk tandas boleh di drill dan mata apakah yg sesuai kerana nsk tukar penutupnya yg telah pecah. Saya cuba drill tetapi terlalu keras
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkuk tandas duduk ke en? kan memang dah ada lubang, untuk tukar penutup. kann3

      Delete
  39. Baru sy tau klau nk gantung lampu kat plaster siling pakai butterfly wall plug.. klau x mmg ternganga laa wayar lampu x gantung cover. Terima kasih mmg padat entry nih

    ReplyDelete
  40. Salam tuan. Terima kasih dengan maklumat yang diberikan kerana sangat berguna.
    Saya nak tanya bagaimana pula nak gantung tv lcd di kabinet tv bertapakkan kayu.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  41. Salam..nak tya..sy nak beli cordless impact drill di shopee..seller ckp boleh tebuk dinding konkrit..betul ke???

    ReplyDelete
  42. Ade ambik upah drill ke? Contact please

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Boleh ke guna mata drill batu utk drill tiles?

    ReplyDelete
  45. Terima kasih atas maklumat yang sangat berguna untuk saya.

    ReplyDelete