Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Saturday, 17 June 2017

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill

Anda mengalami masalah drill yang tidak hidup? Betulkan?

Ini akan terjadi kepada peralatan power tools anda. Bukan sahaja drill, bahkan sander, grinder dan circular saw pun akan jadi begini. Ini perkara biasa. Normal situation.

"Penukaran Carbon Brush, Is Easy To Do Bro"

Situasi inilah yang sedang berlaku pada anda sekarang.

Pernah tak power drill anda rosak ataupun sangkut - sangkut. Antara penyebabnya adalah kehausan carbon brush.

Apa itu carbon brush? dan apa fungsinya?

Carbon brush adalah sesuatu benda yang membolehkan tenaga elektrik dipindahkan kepada motor. Ianya diperbuat daripada carbon graphite.

Kenapa anda perlu tukar carbon brush?

Kerana carbon brush sudah haus.

Berapa lama jangka hayat carbon brush?

Ini mengikut penggunaan anda. Jika anda kerap menggunakan drill, lagi cepat kena tukar. Kalau ikutkan, memang payah nak tukar sebab jarang guna. Lainlah macam industri, selalu guna power tools.

Sebab apa carbon brush semakin lama, semakin hilang ataupun haus?

Kerana ia diperbuat dari carbon. Carbon bersifat konduktor. Lama kelamaan akan haus disebabkan geseran. Ianya disebabkan penggunaan biasa dan penggunaan yang kerap. Ianya perlu ditukar.

Sebelum anda menukar carbon brush, anda akan melihat tanda - tanda awal.  Apakah tanda - tanda awal drill akan mempunyai masalah canron brush?

Petanda awal
1. Sparks datang dari motor dari kawasan carbon brush.
2. Gerudi / Drill susah nak hidup apabila pemacu ditarik.
3. Motor kehilangan kuasa. Motor lembik.
4. Drill benhenti mengejut apabila digunakan, motor dah tiada kuasa. (rotation perahan)

Jika ini berlaku, ini bermakna, drill anda memerlukan sedikit perhatian dari anda, dan kemungkinan power tools anda memerlukan carbon brush yang baharu. Belanja lah siketttt!! Hehehe.

Jom tukar carbon brush / Carbon brush replacement untuk drill anda. Hammer Drill Repair. 


Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Carbon Brush

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kotak Packing Carbon Brush
Maaf, gambar kabur.

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Bosch Drill
Buka scru drill anda satu persatu.


Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kedudukan Carbon Brush
Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kedudukan Carbon Brush

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kedudukan Carbon Brush

Periksa carbon brush
1. Lihat ketinggian carbon brush. Selalunya pendek atau dah tiada. Ni kene tukar carbon brush baharu.

2. Kadang2 boleh over heat. Ada kesan terbakar di kawasan carbon brush. Ini pun sama, kena tukar carbon brush baharu.

3. Akan ada dua carbon brush. Tukar keduanya, walaupun salah satu nampak ok.

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kedudukan Carbon Brush
Pastikan, anda menukarnya dengan berhati - hati.

Akan ada spring kecil di bahagian tepi carbon brush. Fungsinya adalah untuk sentiasa menolak carbon brush ke winding motor.

Lepas itu, pasang semula cover drill. Siap. Gambar dibawah adalah untuk tontonan sahaja, Hehehe. Jom layan

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill


Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill
Ianya sama untuk drill, sander, circular saw, dan lain - lain power tools yang berjenama seperti dewalt, bosch, makita, hitachi. black decker. Dah ada tanda - tanda seperti diatas. Siap sedialah tukar. RM10 sahaja carbon brush ini. X pun murah lagi. Hehehe.

Kalau rosak, kasi saya drill, anda beli baharu. ^_^. Hehehe

Selamat mencuba.

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang.

Kembali Ke Laman Utama (Klik Sini)


3 comments:

  1. Impact drill sy dh panas yg amat..berasap2, nk kena godek jgk lah nie..mandiii

    ReplyDelete
  2. Tq info...trimaksh atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Jika blender hevy duty on langsung motor xputar adakh masalh yg sama atau masalh lain. Cara cek guna multimeter blh ke x carbon brush ni.

    ReplyDelete