Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

MARMA HOMESTAY MELAKA @ MARMA GUEST HOUSE MALACCA

Mempunyai 4 Buah Homestay dengan ciri - ciri berikut. Rumah Baharu 4Bilik 2Bilik Air, Parking Luas, TV LED 32 Inch, Aircond, Peti Sejuk 2 Pintu, Mesin Basuh Automatik, Cermin Besar, Ampaian Baju, Peralatan Solat, Meja Makan dan 4 Kerusi, Seterika dan Meja Seterika, Periuk Nasi, Gula dan Teh (FOC).

MARMA HOMESTAY MELAKA RUMAH SEMI D RM240/MALAM AHAD - KHAMIS, RM270/MALAM JUMAAT, SABTU DAN CUTI SEKOLAH

Rumah Baharu 4Bilik 2 Bilik Air, Parking 4 Buah Kereta Dalam Pagar, TV LED 32 Inch, Aircond, Peti Sejuk 2 Pintu, Mesin Basuh Automatik, Cermin Besar, Ampaian Baju, Peralatan Solat, Meja Makan dan 4 Kerusi, Seterika dan Meja Seterika, Periuk Nasi, Gula dan Teh (FOC).

MARMA HOMESTAY MELAKA RUMAH TEPI RM190/MALAM AHAD - KHAMIS, RM220/MALAM JUMAAT, SABTU DAN CUTI SEKOLAH

Rumah Baharu 4Bilik 2 Bilik Air, Parking 2 Buah Kereta Dalam Pagar, TV LED 32 Inch, Aircond, Peti Sejuk 2 Pintu, Mesin Basuh Automatik, Cermin Besar, Ampaian Baju, Peralatan Solat, Meja Makan dan 4 Kerusi, Seterika dan Meja Seterika, Periuk Nasi, Gula dan Teh (FOC).

MARMA HOMESTAY MELAKA RUMAH TENGAH 1 RM170/MALAM AHAD - KHAMIS, RM200/MALAM JUMAAT, SABTU DAN CUTI SEKOLAH

Rumah Baharu 4Bilik 2 Bilik Air, Parking 2 Buah Kereta Dalam Pagar, TV LED 32 Inch, Aircond, Peti Sejuk 2 Pintu, Mesin Basuh Automatik, Cermin Besar, Ampaian Baju, Peralatan Solat, Meja Makan dan 4 Kerusi, Seterika dan Meja Seterika, Periuk Nasi, Gula dan Teh (FOC).

MARMA HOMESTAY MELAKA RUMAH TENGAH 2 RM150/MALAM AHAD - KHAMIS, RM200/MALAM JUMAAT, SABTU DAN CUTI SEKOLAH

Rumah Baharu 4Bilik 2 Bilik Air, Parking 2 Buah Kereta Dalam Pagar, TV LED 32 Inch, Aircond, Peti Sejuk 2 Pintu, Mesin Basuh Automatik, Cermin Besar, Ampaian Baju, Peralatan Solat, Meja Makan dan 4 Kerusi, Seterika dan Meja Seterika, Periuk Nasi, Gula dan Teh (FOC).

Thursday, 22 February 2018

Marma Homestay Melaka @ Marma Guest House Melaka

Homestay di Melaka

Biar Betul!!        The Best Homestay Melaka Murah di Melaka dan dekat dengan Ayer Keroh, Bandar Hilir dan kawasan pelancongan.

Ya, sememangnya betul. Memang harga yang ditawarkan di Marma Homestay Melaka murah. Malahan dekat dengan kawasan pelancongan seperti Melaka Wonderland Ayer Keroh, Bayou Lagoon dan Gold Coast Melaka. Kepada pengunjung yang cari homestay di melaka, marilah menginap di sini.

Siapa cepat, dia bijak!! Lokasi Homestay A++

Ni pandangan homestay dari luar. Cantikkan. Memey lahh. (\^_^/)

Marma Homestay Melaka
Marma Homestay Melaka

Marma Homestay Melaka - Villa Damai Dua Tingkat

Homestay Di Melaka - Villa Damai 2 Tingkat

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan berkatnya, saya telah membuka satu lagi cawangan Homestay Di Melaka.

Terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang bertungkung lumus mengusahakan Homestay Villa Damai 2 Tingkat ini. Tidak lupa juga kepada saya, Alang yang bersengkang mata dan berkampung untuk menyiapkan homestay ini.

Seperti biasa, kawasan yang dipilih semestinya Bukit Katil Melaka kerana tempatnya yang sangat SUPER strategik berdekatan dengan Plaza Tol Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka.

Ni gambar hadapan Homestay Villa Damai 2 Tingkat saya. \^_^/ . Memang Superb cun melecun.

Marma Homestay Melaka - Villa Damai 2 Tingkat
Design Homestay Villa Damai 2 Tingkat

Marma Homestay Melaka - Rumah Semi D Eksklusif

Homestay Di Melaka - Rumah Semi D Eksklusif

Perhatian semua!! Untuk pengetahuan, kami melebarkan sayap lagi dengan membuka satu lagi cawangan homestay di melaka di kawasan yang strategik iaitu Bukit Katil, Ayer Keroh Melaka pada Disember 2016. Apa tunggu lagi, rasai kelainan yang akan kami berikan kepada anda.

Inilah gambaran dari depan Homestay Rumah Semi D. 4 Bilik 2 Bilik Air

Marma Homestay Melaka - Rumah Semi D
Design Homestay Rumah Semi D

Marma Homestay Melaka - Rumah Tepi

Homestay Di Melaka - Rumah Tepi

Banyak sejarah pasal homestay rumah tepi ni, dan bagaimana ia boleh dijadikan homestay. Untuk pengetahuan semua, homestay rumah tepi adalah homestay kami yang pertama beroperasi di Melaka. Hehehe. Memang Melaka pun, mana ada homestay kami di negeri lain.

Masa mula - mula beroperasi dulu, pengunjung pertama adalah orang yang nak pergi konvo UTeM. Sebab masa homestay ini launch, saya kejarkan konvo UTeM. Dapat laa 2 malam masa tu. Hehehe. Tu pun bukan saya yang dapatkan pelanggan. Pakcik saya yang dapatkan pelanggan. Maklumlaa, baru nak berjinak - jinak dengan homestay. Inilah homestay saya.


Marma Homestay Melaka - Rumah Tepi
Marma Homestay Melaka - Rumah Tepi

Marma Homestay Melaka - Rumah Tengah 1

Homestay Di Melaka - Rumah Tengah 1

Assalamualaikum semua.

Apa bezanya homestay - homestay yang saya ada? Hhhmmmmm. Susah nak menjawab ni kerana orang yang mendecorate homestay adalah ayah saya. Tapi apa yang pasti, saya akan berikan anda semua penginapan yang sangat bermakna. In Shaa Allah anda akan dapat kepuasan yang berganda - ganda. Conform tak mahu cari homestay lain. Mesti pilih homestay saya. Hehehehe..

Marma Homestay Melaka - Rumah Tengah 1
Design Homestay Rumah Tengah 1

Sunday, 3 December 2017

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.

Specialist Air Conditioner, Expert Penghawa Dingin, Dan Pakar Aircond / Penyaman Udara. 

Assalamualaikum semua. Sebelum anda membaca artikel ini, diharapkan anda sudah membaca artikel yang sebelum ini iaitu tips, teknik, cara dan panduan asas penjagaan / penggunaan aircond rumah supaya penghawa dingin sentiasa sejuk.

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin.
Pakar Aircond Anda

Saturday, 15 July 2017

Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk

Specialist Air Conditioner, Expert Penghawa Dingin dan Pakar Aircond / Penyaman Udara

Adakah anda sedang mengalami masalah dengan penghawa dingin rumah anda?
Adakah aircond anda kurang sejuk?
Adakah penyaman udara anda menitiskan air dari dalam rumah?
Adakah anda tercari - cari specialist air conditioner yang mampu menyelesaikan masalah anda?

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Aircond / Penghawa Dingin
Alang Specialist Aircond Alang. Boleh dapatkan khidmat nasihat PERCUMA. Berpengalaman, berpengetahuan dan pakar dalam bidang aircond rumah / pejabat.

Atau anda memerlukan perkhidmatan servis upah pemasangan Aircond sekitar Melaka, Negeri Sembilan atau Malaysia, boleh menghubungi Azim 017-6460498.

Memang terbaik sesangat. Upah pasang aircond yang ekonomi, diesertakan dengan khidmat nasihat yang jelas, lancar dan mudah faham.

Sangat Disarankan untuk lihat Video saya di Youtube.

VIDEO 1: Mencuci Outdoor Unit Menggunakan Berus Sabut Dan Gayung

Cara, Step dan Teknik Mudah Servis Aircond Outdoor Split Unit. Panduan Mencuci Penghawa Dingin Rumah. Bantu saya dengan SUBSCRIBE. Klik Sini untuk lihat VIDEO 1.


Cara, Step dan Teknik Mudah Servis Aircond Outdoor Split Unit. Panduan Mencuci Penghawa Dingin Rumah.
Video 1: Cara, Step dan Teknik Mudah Servis Aircond Outdoor Split Unit. Panduan Mencuci Penghawa Dingin Rumah. 

VIDEO 2: Mencuci Outdoor Unit Menggunakan Water Jet

Cara dan Langkah Mencuci Outdoor Unit Aircond / Penghawa Dingin Dengan Menggunakan Water Jet Secara Professional. Bantu Saya dengan SUBSCRIBE. Klik Sini unuk lihat VIDEO 2.

Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk
Video 2: Cara dan Langkah Mencuci Outdoor Unit Aircond / Penghawa Dingin Dengan Menggunakan Water Jet Secara Professional.

VIDEO 3: Mencuci Indoor Unit Menggunakan Water Jet atau Berus Cat dan Gayung

Cara, Tutorial dan Langkah Untuk Mencuci Indoor Unit Aircond / Penghawa Dingin Menggunakan Water Jet. Bantu Saya dengan SUBSCRIBE. Klik Sini untuk lihat VIDEO 3.

Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk
Video 3: Cara, Tutorial dan Langkah Untuk Mencuci Indoor Unit Aircond Menggunakan Water Jet

Subscribe ye Youtube Channel Saya. Tq Semua. Teruskan membaca. Jom2.

Adakah anda mahukan ilmu mengenai penghawa dingin?
Kalau YA, teruskan membaca dan SHARE serta KOMEN di bahagian bawah

Saya mahu kongsikan ilmu ini kepada anda. Percuma!! Percuma!! Percuma!!

"SHARING IS POWER"

Artikel ini juga dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Jom Klik link di bawah.

Maximumkan Penggunaan Aircond Dengan Remote? Iyup. Jom Baca.

Nak Topup Gas Dengan Cara Yang Betul? Saya ada listkan secara terperinci. Jom Baca.

Teknik dan skill asas pertukangan, saya juga sedang usahakan. Boleh klik link ini.

Di sini saya akan kongsikan tips - tips untuk servis dan menjaga aircond / penghawa dingin rumah anda. 

Servis Aircond Sendiri. Tapi, apa yang anda perlu tahu mengenai aircond rumah anda? Saya akan terangkan asas penghawa dingin.

Pertama sekali, aircond rumah dipanggil Aircond Split Unit. Indoor Unit dan Outdoor Unit.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Indoor Unit Dan Outdoor Unit
 Aircond mempunyai 4 bahagian utama antaranya adalah
  • Pemampat (compressor) (outdoor)
  • Pemeluap (condender) (outdoor)
  • Injap Pengembang (Thermal Expansion Valve, TXV) (indoor) *Untuk aircond rumah, tiada TXV, yang ada adalah Cooling Coil. 
  • Penyejat (Evaporator) (indoor)
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Compressor, Condenser, Cooling Coil, Evaporator

Apa yang ada pada INDOOR UNIT dan OUTDOOR UNIT?

Komponen basis yang ada pada Indoor Unit adalah
  • Filter
  • Blower
  • Copper Finn / Aluminium Finn
Komponen basis yang ada pada Outdoor Unit adalah
  • Fan
  • Copper Finn / Aluminium Finn
  • Compressor
Jadi, apa yang anda perlu lakukan?
Tugas anda adalah sentiasa melakukan pembersihan berkala.

Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk

INDOOR UNIT

1. FILTER / PENAPIS UDARA

Penjagaan filter. Perkara ini sangat - sangat mudah. Tapi yang mudah inilah orang susah nak jaga dan buat. Sebab itu, jika rumah anda tidak sejuk, cuba anda lihat keadaan filter anda. Macam mana keadaannya. Penapis anda tersumbat, kotor atau tidak. Kalau kotor, besihkannya menggunakan air.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Filter atau Penapis Udara
 Caranya begini. Ambil filter, cuci dengan air, ketuk - ketuk untuk buang air, pasang. Kerja hanya mengambil masa 3 minit sahaja. 3minit ini mampu memanjangkan hayat aircond anda.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Filter yang Kotor
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Kotor Penapis Udara
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Cuci Penapis Udara
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Bersih sudah penapis Udara
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Pasang semula penapis udara
Tapi, apa yang anda akan dapat jika menjaga filter? Anda akan dapat Copper Finn yang berkilat dan bersih. Apa yang akan jadi bila copper finn bersih. Kena baca laaaaa. Hehehe

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Berkilat Copper Finn. 

2. COPPER FINN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP

Tujuan Sirip aircond ini adalah untuk membebaskan hawa sejuk yang akan ditarik oleh blower. Sirip ini sangat nipis dan lembut seperti helaian buku.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Coppe Finn yang kotor

Tips penjagaan copper finn adalah dengan membersihkan dengan menggunakan berus cat atau berus gigi. Jaga - jaga, finn itu tajam dan lembut. Pastikan anda berhati - hati ketika melakukan kerja dengan memakai glove. 


Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Copper Finn yang bersih. Bersinar - sinar
3. BLOWER

Anda tahu atau tidak, blower ini apa? Blower adalah blow angin. Macam tiup angin dari mulut. Haaa. Tahu dah kan. Sama juga seperti kipas.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Blower Penyaman Udara
Jadi, apa kaitannya blower dengan penjimatan elektrik?

Apa akan terjadi apabila kipas banyak habuk? Efficiency kurang. Kipas menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila kipas menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan kipas. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan kipas? Bil Elektrik tinggi laaa.

Sama juga seperti blower. Apa akan jadi apabila blower banyak habuk? Efficiency kurang. Blower menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila blower menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan blower. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan blower? Bil Elektrik tinggi laaa.

Haaa. Nampak kan. Nampak dah kan hubung kaitannya kan. Jadi, mari bersihkan blower.

Cara nak membersihkan blower adalah dengan membuka dahulu louver. Kemudian ambil berus cat yang panjang bulunya, kemudian bersihakan perlahan - lahan. Buat sampai bersih dan puas hati.

Kalau anda tidak tahu membuka louver atau blower, ambil sahaja berus cat, cuci perlahan - lahan. Layan kan aja.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Blower Kotor
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Blower yang sudah dibersihkan


OUTDOOR UNIT

Macam mana nak bersihkan Outdoor Unit. Anda haruslah membuka casing outdoor unit. Cabut semua skru dan togelkan satu persatu casingnya. Tahniah, anda telah berjaya.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Outdoor Unit
1. FAN

Cuci fan dengan berus sabut. Senang sahaja

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Fan Kotor dan Perlu dibersihkan
2. COPPER FIN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP

Untuk bahagian luar, tujuan sirip ini adalah untuk membebaskan haba panas secepatnya yang terhasil dari compressor.

Copper finn lembut dan tajam. Hati - hati semasa melakukan kerja pembersihan. Ambil gayng yang ada sedikit air dan berus sabut, kemudian cuci fin sehingga nampak bersih.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Copper Finn yang kotor

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Aluminium Finn yang kotor
Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Copper Finn / Aluminium Finn yang sudah dibersihkan
Pastikan, air tidak masuk ke bahagian elektrik dan board elektronik. Kalau terkena, sia - sia sahaja buat kerja ni. Mahal tuu board elektronik.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Belah kanan atas, ada board elektronik. Hati - hati
3. COMPRESSOR

Anda tidak perlu membuka compressor, biarkan sahaja compressor itu. Bagaimana compressor berfungi?

Compressor ini akan dapat signal dari thermostat. Thermostat yang akan mengawal suhu bilik anda. Contoh anda setkan 18 degree Celcius, compressor akan terus running untuk maintainkan temperature 18 degree C. Apabila telah sampai 18 C, thermostat akan berikan signal kepada compressor supaya tidak running.

Jika suhu sudah 19C, thermostat akan memberikan semula signal kepada compressor untuk running.

Sebab itu, anda harus menutup pintu bilik semasa menggunakan aircond. Ini untuk mengelakkan kehilangan suhu sejuk.

Antara paling banyak menggunaan tenaga elektrik adalah COMPRESSOR

Kelebihan apabila selalu membersihkan penghawa dingin. 6 faktor / sebab kenapa perlunya servis aircond?

  1. Mengurangkan bil elektrik rumah anda
  2. Memanjangkan jangka hayat penghawa dingin / aircond
  3. Udara yang keluar, kualitinya lebih baik. Sejuk, segar dan nyaman. Anda tidak akan rasa berhabuk walaupun membuka aircond 
  4. Mengelakkan kebocoran disebabkan lumut dan habuk
  5. Dapat mengesan masalah lebih awal. Mencegah lebih baik dari mengubati
  6. Jimat masa dan wang
Dengan ini, anda sudah tahu, cara penggunaan aircond / penghawa dingin rumah atau pejabat. Ini secara tidak langsung, dapat mengurangkan bil elekrik dan tenaga. Selamat mencuba. 

Topup Gas Freon atau Mengecas Sistem Penghawa Dingin / Aircond Rumah

Terdapat banyak gas Aircond di pasaran contohnya R22, R407, R134 dan R410A Refrigerant.

Saya ada sediakan artikel yang lebih detail mengenai mengecas aircond.

Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin (Klik sini)


Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Topup Gas Freon Aircond
Peringatan! Gas Freon tidak akan hilang jika tiada kebocoran pada paip copper.

Peringatan! Jangan sesekali mencampurkan gas freon sebagai contoh R22 dan R410A. JANGAN!!

Kena ingat memolek tuuu.

Sebelum ini, saya ada membeli satu tong gas FREON R410 bernilai RM260. Sebab itu, kalau nak topup gas mahal, sebab tong gasnya pun mahal.

Itu baru tong gasnya, belum lagi GAUGE MANIFOLD. Huhu. Saya beli sebelum ini total hampir RM500. Telan air liuurrrrrrr beb!!

Tapi Tapi Tapi, bukan itu yang saya nak kongsikan. Apa yang saya nak kongsikan adalah lebih penting. Saya akan kongsikan cara - cara yang betul untuk mengecas aircond rumah anda.

Pastikan alatan anda sudah cukup.

1. Tong Gas
2. Gauge Manifold
3. Clamp Meter
4. Spanar

Empat barang dan alatan di atas sangat penting. Jom lihat, teliti dan dapatkan idea bagaimana untuk menambah freon ke dalam sistem penghawa Dingin rumah anda.

Pertama sekali, pastikan gas apa yang digunakan dalam sistem aircond anda. Macam mana nak tahu? Caranya adalah, pergi ke outdoor unit, dan lihat di bahagian spesifikasi.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Refrigerant R22 yang digunapakai
Selepas anda mengenalpasti gas apa yang digunakan, anda bolehlah memulakan mengecas aircond. Apa yang anda perlu tahu adalah penggunaan gauge manifold. Gauge Manifold mempunyai 3 wayar / hose. Birukuning dan merah.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Gauge Manifold
  • Biru untuk Low Pressure (LP) (Tubing Copper yang Besar)
  • Merah untuk High Pressure (HP) (Tubing Copper yang Kecil)
  • Kuning adalah sambungan dari tong gas nak ke gauge manifold. 

Macam mana nak gunakan Gauge Manifold dengan kaedah yang betul.
  • Hose kuning disambungkan dari Tong Gas ke Gauge Manifold. 
  • Hose Biru disambungkan dari Gauge Manifold ke Sistem Aircond. (Tubing Copper yang Besar) (Suction dari Compressor)
  • Hose Merah disambungkan dari Gauge Manfold ke Sistem Aircond. (Tubing Copper yang kecil) (Discharge dari Compressor) ** PENTING!! Untuk 4 Horse Power dan keatas ADA nipple untuk cas freon)

Jom mulakan. Anda haruslah menyambungkan semua hose. Pastikan semua hose diketat kemas KECUALI hose warna biru yang attach dekat nipple tubing copper, LP, suction compressor. Sebab apa. Nanti saya kasitau.

Pastikan semua injap / valve ditutup rapi terutama di Gauge Manifold.

Selepas itu, buka sedikit injap / valve dari tong gas supaya freon masuk dari tong gas ke gauge manifold.

Selepas itu, buka injap / valve dari hose biru yang ada di gauge manifold. Selepas anda mendengar bunyi gas, dan dengan pantasnya anda kemaskan HOSE BIRU yang attach dekat tubing copper.

Sebab apa? Ini adalah untuk membuang udara yang ada di dalam hose. Sangat tidak elok apabila, di dalam sistem aircond, ada campuran gas - gas, dan ada udara dalam gas.

Itu sebabnya, saya tidak ketat kemas hose wara biru.

Tapi, ini saya ceritakan sedikit pengalaman saya. Saya pernah membawa gauge manifold sahaja tanpa tong gas untuk cek pressure. Tapi tapi tapi, tidak boleh. Sebab apa? Sebab anda memerlukan pressure di dalam hose, untuk menolak pin yang akan attach dekat nipple tubing copper. Maluuuu oiiiii. Hahaha. Nasib baik buat rumah sendiri. Hahaha. Ni masa pertama kali laaa. Memang macam tu. Salah tidak apa, janji ada kesungguhan nak buat.

Bila anda dah tahu cara nak topup freon, berapa pula Nilai Pressure LP yang sepatutnya dicas?
  • Freon R410 adalah antara 120 - 140 PSI. Kebanyakkan Aircond sekarang menggunakan freon jenis ini kerana lebih mesra alam. Tidak kisahlah samada INVERTER atau NON - INVERTER.
  • Freon R22, R134, R407 adalah antara 50 - 60 PSI. R22 adalah Freon jenis lama dan sudah di ban kerana untuk menjaga lapisan ozon. 

Untuk Freezer berbeza. Untuk topup freezer, nilai pressure LP adalah 40 PSI untuk R22

Nilai untuk High Pressure (HP) adalah 1 : 4.
Kalau nilai LP adalah 60 PSI, nilai HP adalah 280 PSI

Tips. Anda tidak akan dapat menambah gas dari HP kerana ianya LIQUID. Kalau di LP, ianya adalah GAS. Cara untuk menambah gas dari HP adalah dengan menterbalikkan tog gas anda. Hehehe. Ini ILMU yang berharga tauuuu. Share laa artikel nii plis. Hehehhe

Selain dari menggunakan Gauge Manifold, anda juga disarankan meggunakan clamp meter, untuk mengetahui nilai arus yang digunakan aircond anda. Nilai arus boleh didapati di bahagian Outdoor.

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Clamp Meter


Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Related Current (A) 5.16Am


Tips untuk membeli Gauge Manifold

Pastikan anda membeli yang ada

Degree Celcius
Soket 3/8.
Nilai PSI yang besar

Tips. Teknik, Cara dan Panduan Asas Menjaga Aircond / Penghawa Dingin Rumah
Gauge Manifold


Tips untuk membeli Aircond / Penghawa Dingin rumah atau pejabat

  • Pastikan Aircond mampu menampung keluasan bilik anda.
  • Beli penghawa dingin jenama Panasonic, Daikin dan York. Acson pon ok juga.

Persoalan yang sering ditanya

1. Jenama penghawa dingin / Aircond yang manakah paling baik?

Bagi saya, saya akan memilih Panasonic, Daikin dan York. Sebab apa? Kerana senang nak buka casing indoor dan jarang ada masalah. Lagipun, spare part banyak.

Sekarang ini saya ada menggunakan Jenama Panasonic, Daikin, York dan Samsung.

  • Samsung. Jangan laaa beli. Banyak masalah.
  • Panasonic, harga memang mahal, tapi cepat sejuk. Terbaik
  • Daikin dan York, harga boleh dengar. Sejuk pon ok. Terbaik.

2. Apa bezanya Inveter dan Non-Inveter?

Rumah saya semua menggunakan Aircond Inveter. Sebab kalau ikutkan, inveter ini menjimatkan tenaga. Sebab dia akan tukarkan arus dari AC ke DC. Yang ini lebih - lebih saya tidak tahu. Hehehe.

Dari segi harga, Inveter jauh lebih mahal berbanding Non - Inveter
Dari segi maintenance, Non - Inveter lebih senang dan murah berbanding Inveter
Dari segi troubleshooting, Non - Inveter lebih senang dan murah berbanding Inveter
Dari Segi penjimatan elektrik, Inveter lebih jimat berbanding Non - Inveter

3. Bolehkah kita campur adukkan gas?

Peringatan! Jangan sesekali mencampurkan gas aircond. Sebab apa? Setiap freon mempunyai densiti yang berbeza. Kalau ada campurkan, kebarangkalian kerosakkan compresor, lebih cepat.

4. Perlukan anda menukar minyak compressor?

Tidak perlu, sebab compressor split unit untuk rumah ini kecil. Untuk unit yang kecil, anda tidak perlu menukar minyak compressor. Lagipun, kalau nak tukar boleh je, akan makan masa dan wang anda. Lagipun, leceh nak tukar.

5. Bila masanya untuk menukar minyak compressor?

Saya nak tanya anda? Sebab apa anda nak tukar minyak? Saya dah kasitau kat atas tadi, tidak perlu menukar minyak compresor kan.

Kalau anda ingin menukar gas freon dari R22 ke R410, anda WAJIB menukar minyak compresor khas untuk R410.

6. Boleh ke anda nak menukar gas freon dari R22 ke R410?

Boleh, tetapi anda haruslah membuang semua gas freon R22, kemudian, buang minyak compressor R22, digantikan dengan minyak compressor R410, kemudian barulah anda cas gas freon R410.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya Alang di talian 013-6386109.

Untuk pemasangan aircond dan servis penghawa dingin, saya juga boleh lakukan. Boleh PM saya.

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang.

Kembali ke laman utama (klik sini)

Jadi, bahagian mana yang dapat mengurangkan bil elektrik anda?

Upah pasang aircond murah di melaka, negeri sembilan, johor, kuala lumpur (kl)
Tukang pasang aircond

atau anda nak tahu, cara pasang aircond rumah

cara penggunaan aircond / penghawa dingin untuk jimat elektriktips untuk membeli penghawa dingin
tips penjagaan penghawa dingin rumah / pejabat
cara penggunaan aircond yang sesuai.

tips, teknik, cara dan panduan asas untuk menjaga dan memanjangkan jangka hayat aircond rumah anda
teknik penjagaan terbaik untuk aircond anda sejuk

sebab kenapa aircond rumah tidak sejuk
penca aircond rumah tidak sejuk
10 sebab kenapa aircond rumah anda tidak sejuk

servis aircond sendiri / repair sendiri
penyaman udara rumah kurang sejuk
spare part aircond rumah

persoalan yang sering diajukan atau ditanya.
asas aircond rumah, kerata lebih kurnag sama.
cara buka aircond rumah
blower aircond rumah

punca compressor aircond tidak jalan
cara pasang aircond rumah

cara mudah servis aircond rumah dengan mengambail masa 15 minit
cara bersihkan penghawa dingin rumah
DIY aircond rumah

penyelenggaraan aircond rumah
servis berkala aircond rumah

cara nak pindah aircond rumah
cara nak pasang aircond rumah
jenis jenis aircond
jenis-jenis aircond antaranya york, panasonic, acson, daikin, samsung

penapis udara tersumbat / filter indoor kotor
gas kurng. gas tidak akan kurng jika tiasa kebocoran pada paip copper.

mengesan kerosakkan dan baikpulih penyman udara rumah anda
servis aircond sendiri

air meninik dalam rumah indoor. Sebab apa

Kos servise aircond? Berapa?

troubleshooting dan diognose, mengesan kerosakkan dan membaik pulih aircond

selenggara air conditioner di rumah

pemampat, pemeluap, peranti permeteran, penyejat

perkara penting yang perlu anda tahu tentang penghawa dingin

tutup pintu dan tingkat jika penghawa dindin on

perkhdmatan membuka aircond, memasang unit baru / secondhand, menjual aircond baru, dan membaik pulih aircond di rumah anda.
tips membeli aircond

inveter adala untuk menjimatkan tenaga elektrik. Pada 2009, teknologi inverter mula dipasang pada unit penyaman udara untuk menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi ini dipasang pada unit luar di mana ia dapat mengawal kelajuan motor pemampat, kelajuan motor kipas dan kawalan suhu. Dengan cara ini, arus maksima atau arus permulaan dapat di kurangkan.

Friday, 7 July 2017

Modem kena Petir? Langkah awal selepas Modem Streamyx TM disambar Petir

Langkah awal selepas Modem Streamyx TM disambar Petir.



Saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya. Kenapa? Untuk mengurangkan duit anda, jatuh ke tangan Telekom Malaysia. Bukan kedekut, tapi anda perlu bijak. 

Thursday, 6 July 2017

Cara, Teknik dan Tutorial Pemasangan Membuka dan Menukar Tombol Pintu Rumah dengan Mudah

Cara, Teknik dan Tutorial Pemasangan Membuka dan Menukar Tombol Pintu Rumah dengan Mudah

Nampak macam biasa - biasa, tapi kalau anda mampu menukar tombol pintu sendiri, itu luar biasa.

Dengar macam simple, kawan - kawan siap gelak - gelak lagi. Weeeiiii, tombol pintu pun tak tahu nak tukar ke?

Tombol Pintu

Wednesday, 21 June 2017

Tips dan Teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling

Alhamdulillah, saya mempunyai sedikit ilmu untuk dikongsikan kepada anda semua. Kenapa saya mahu kongsikan kepada anda? Sebabnya, saya mahu anda menghargai dan menilai kerja - kerja pertukangan seperti ini. Ilmu tidak akan datang dengan sendirinya.

" Jika ada minat, lambat atau cepat sahaja "

tapi

" Kalau tiada minat, tiada ubat lah "

Kata - kata ini saya dapat semasa membuat kerja - kerja plaster simen putih. Tajam baq hangggggg. Tersentak saya seketika, membuatkan saya terfikir sekejap.

Dia berkata lagi, benda - benda macam ini, perlu tahu serba sedikit kerana banyak digunakan dirumah. Kalau nak upah orang, biasanya sikit - sikit orang tidak mahu datang, tapi kalau orang itu datang, memang kena cas kaw - kaw lah.

Dan kalau anda mahukan ilmu dan teknik pertukangan di rumah, WAJIB klik link ini. In shaa Allah sangat - sangat membantu.

Tetapi manusia hanya akan menilai sesuatu benda yang sudah siap. Itu praktikal yang salah sebenarnya. Sepatutnya, anda harus menghargai kerja - kerja semasa proses pertukangan sedang dijalankan. Baru orang akan salute dan respect anda. 

Di sini saya akan terangkan cara - cara untuk memplaster simen putih di dinding. Cara dan teknik ini sama digunakan untuk memplaster syiling rumah. 

Pertama sekali, anda perlukan barang - barang untuk memulakan proses memplaster simen putih.

Antara barang yang diperlukan adalah

1. Simen Putih
2. Tong Sampah
3. Baldi untuk campur simen putih dan air
4. Air
5. Scrapper
5. Pisau (Sangat Penting)
6. Jibson Box
7. Tempat pemegang simen putih. Saya tidak tahu nama sebetulnya.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Simen Putih

Saturday, 17 June 2017

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill

Anda mengalami masalah drill yang tidak hidup? Betulkan?

Ini akan terjadi kepada peralatan power tools anda. Bukan sahaja drill, bahkan sander, grinder dan circular saw pun akan jadi begini. Ini perkara biasa. Normal situation.

"Penukaran Carbon Brush, Is Easy To Do Bro"

Situasi inilah yang sedang berlaku pada anda sekarang.

Pernah tak power drill anda rosak ataupun sangkut - sangkut. Antara penyebabnya adalah kehausan carbon brush.

Apa itu carbon brush? dan apa fungsinya?

Carbon brush adalah sesuatu benda yang membolehkan tenaga elektrik dipindahkan kepada motor. Ianya diperbuat daripada carbon graphite.

Kenapa anda perlu tukar carbon brush?

Kerana carbon brush sudah haus.

Berapa lama jangka hayat carbon brush?

Ini mengikut penggunaan anda. Jika anda kerap menggunakan drill, lagi cepat kena tukar. Kalau ikutkan, memang payah nak tukar sebab jarang guna. Lainlah macam industri, selalu guna power tools.

Sebab apa carbon brush semakin lama, semakin hilang ataupun haus?

Kerana ia diperbuat dari carbon. Carbon bersifat konduktor. Lama kelamaan akan haus disebabkan geseran. Ianya disebabkan penggunaan biasa dan penggunaan yang kerap. Ianya perlu ditukar.

Sebelum anda menukar carbon brush, anda akan melihat tanda - tanda awal.  Apakah tanda - tanda awal drill akan mempunyai masalah canron brush?

Petanda awal
1. Sparks datang dari motor dari kawasan carbon brush.
2. Gerudi / Drill susah nak hidup apabila pemacu ditarik.
3. Motor kehilangan kuasa. Motor lembik.
4. Drill benhenti mengejut apabila digunakan, motor dah tiada kuasa. (rotation perahan)

Jika ini berlaku, ini bermakna, drill anda memerlukan sedikit perhatian dari anda, dan kemungkinan power tools anda memerlukan carbon brush yang baharu. Belanja lah siketttt!! Hehehe.

Jom tukar carbon brush / Carbon brush replacement untuk drill anda. Hammer Drill Repair. 


Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Carbon Brush

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kotak Packing Carbon Brush
Maaf, gambar kabur.

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Bosch Drill
Buka scru drill anda satu persatu.


Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kedudukan Carbon Brush
Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kedudukan Carbon Brush

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kedudukan Carbon Brush

Periksa carbon brush
1. Lihat ketinggian carbon brush. Selalunya pendek atau dah tiada. Ni kene tukar carbon brush baharu.

2. Kadang2 boleh over heat. Ada kesan terbakar di kawasan carbon brush. Ini pun sama, kena tukar carbon brush baharu.

3. Akan ada dua carbon brush. Tukar keduanya, walaupun salah satu nampak ok.

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Kedudukan Carbon Brush
Pastikan, anda menukarnya dengan berhati - hati.

Akan ada spring kecil di bahagian tepi carbon brush. Fungsinya adalah untuk sentiasa menolak carbon brush ke winding motor.

Lepas itu, pasang semula cover drill. Siap. Gambar dibawah adalah untuk tontonan sahaja, Hehehe. Jom layan

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill

Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill


Cara dan Tips Tukar Carbon Brush Untuk Drill
Part yang ada di dalam drill
Ianya sama untuk drill, sander, circular saw, dan lain - lain power tools yang berjenama seperti dewalt, bosch, makita, hitachi. black decker. Dah ada tanda - tanda seperti diatas. Siap sedialah tukar. RM10 sahaja carbon brush ini. X pun murah lagi. Hehehe.

Kalau rosak, kasi saya drill, anda beli baharu. ^_^. Hehehe

Selamat mencuba.

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang.

Kembali Ke Laman Utama (Klik Sini)