Perkhidmatan Ambil Gambar Drone Seluruh Malaysia
Anda mesti dah lihat, gambar - gambar homestay saya yang diambil menggunakan perkhidmatan drone. Fuuuhhh, DRONE tuuu. Bukan gambar biasa - biasa tau. Luar biasa.Bercakap mengenai drone, anda semua tau ke, apa itu drone?
Drone Phantom 3 |
Drone secara rasmi dikenali sebagai unmanned aeriel vehicle atau pesawat tanpa pemandu. Ianya dikawal dengan menggunakan wireless remote control. Selain itu, drone dilengkapi dengan kamera, video, GPS dan sebagainya. Tu secara simplenya lah. Tutup cerita ni. Hehehe
Ok, bercakap mengenai saya, saya minat menggunakan perkhidmatan drone terbaik malaysia dan murah kerana saya inginkan gambar cantik untuk homestay - homestay saya, dan drone mampu ambil gambar dari view yang tinggi / luas. Pastu, saya mampu meyakinkan pengunjung saya dengan gambar - gambar yang diambil dari drone.
Tapi saya kena ambil tahu, siapa yang saya nak suruh ambil gambar. Saya kena kaji selidik siapa yang saya pilih untuk ambil gambar. Maklum laaa, bukannya murah nak ambil gambar menggunakan drone ini. Hehehe.
Jadi saya telah memilih En Talha Sebri kerana beliau mempunyai record yang sangat bersih semasa mengendalikan drone, seorang pilot yang cekap, pakar mengendalikan drone ,stabil apabila menerbangkan drone, tidak terburu - buru semasa melakukan penerbangan, senang berbincang, dan terbang ikut procedure, tapi yang paling penting, beliau akan plan dahulu sebelum melakukan penerbangan. Wahhhh, sangat hebat kan. Tapi itulah realitinya. Memang kagum dengan dia.
Ni trade mark dia, TalhaSebriaerialphoto. Ni antara gambar - gambar homestay saya yang diambil oleh En Talha Sebri.
Homestay Rumah Semi D |
Homestay Rumah Semi D |
Homestay Rumah Tepi |
Homestay Rumah Tengah 1 |
Homestay Rumah Tengah 2 |
Call / Mesej / Wasap
013 - 455 1087
Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan drone terbaik malaysia dari En Talha, gunakan code MARMA HOMESTAY MELAKA untuk dapatkan harga yang terbaik. Okeeeyyyy.
Ini saya kongsikan kenapa ramai yang mengeluh perkhidmatan ambil gambar menggunakan drone mahal. Baca di bawah.
Ramai yang tanya, kenapa nak upah ambil gambar menggunakan drone mahal? Sekali ambil gambar Rm 500, Rm 1000, Rm 1500, Rm 2000 dan seterusnya. Harga yang ditetapkan berdasarkan kepada
- Penggunaan bateri berapa biji
- Event indoor ataupun outdoor
- Siap edit atau tidak
- Drone pakai model apa
- Kawasan nak terbang tu macam mana
Tapi anda semua pernah terfikir tak tentang risiko yang perlu dihadapi oleh Pilot Drone semasa melakukan penerbangan. Contoh
- Angin lintang
- Hujan secara tiba - tiba
- Ribut / Angin kencang
- Burung helang
- Kawasan magnetic tinggi (pencawang)
- Kawasan yang banyak wifi (ganggu signal)
- Cable elektrik
Yang atas tu satu hal, pastu modal nak membeli drone mahal. Sebab itulah kos mengambil gambar menggunakan drone agak mahal. Tapi anda mesti menghubungi En Talha untuk tahu kos drone. Okeyyy.
Haaa. Tu sahaja perkongsian dari saya. Salam butiran hikmah dari saya
Dikemaskini pada 12/2/2017
Kembali ke laman utama (klik sini)
0 comments:
Post a Comment