Homestay Di Melaka - Rumah Semi D Eksklusif
Perhatian semua!! Untuk pengetahuan, kami melebarkan sayap lagi dengan membuka satu lagi cawangan homestay di melaka di kawasan yang strategik iaitu Bukit Katil, Ayer Keroh Melaka pada Disember 2016. Apa tunggu lagi, rasai kelainan yang akan kami berikan kepada anda.Inilah gambaran dari depan Homestay Rumah Semi D. 4 Bilik 2 Bilik Air
Design Homestay Rumah Semi D |
Apa kelainannya? Anda ingin tahu. Homestay yang eksklusif dilengkapi dengan perabot baharu, rumah baharu, dan peralatan yang serba lengkap. Kami menantikan kunjungan anda.
- Rumah Semi-D baharu yang eksklusif (4 Bilik 2 Bilik Air)
- Parking yang mampu memuatkan 4 buah kenderaan dalam pagar
- Testimoni yang Superb WOW!
- View yang menarik
- Homestay yang dekat dengan kedai makan, bank dan stesen minyak
- Suasana homestay yang tenang
- Harga yang berpatutan dan berbaloi - baloi
- Barangan perabot yang berkualiti
- Servis dari permulaan hingga akhir, akan dilayan VVIP
- Lokasi yang SUPER strategik dengan kawasan pelancongan
- In shaa Allah puas hati
Anda boleh melihat kedudukan Homestay Rumah Semi D eksklusif di Google Maps
https://goo.gl/maps/ukfs49CZmrC2
Di atas adalah benefit yang anda akan dapat, tapi anda mesti nak mengenali dengan lebih dekat apa yang ada di dalam dan persekitaran homestay ini kan. Ada apa je dengan homestay ni? Hhmmm. Jangan dipikirkan, Saya akan kasitau.
Pertamanya, kepada keluarga besar yang ingin buat gathering atau family day, homestay ini sangat sesuai kerana keluasan rumah adalah 40 X 80 dan parking kereta sangat luas. Dalam rumah yang luas dan mampu memuatkan 4 buah kenderaan dalam pagar dan 1 atau 2 kenderaan luar pagar. Lihat gambar homestay di bawah. Itu belum lagi parking tepi bahu jalan. Besar dan luas sangat.
Keduanya, depan homestay ada padang permainan. Perghhh, dah laa parking luas, depan homestay ada padang pulak tu. Ni sangat lumayan. Padang bukan kecil - kecil, luas sangat padang tu. Kanak - kanak boleh bermain dengan seronok tapi dibawah jagaan ibu bapa. Jangan tinggalkan anak - anak anda bermain bersendirian takut benda - benda yang tidak diingini berlaku.
Ketiga, perumahan ini adalah perumahan baru. Apa yang menariknya, kedudukkan homestay atas bukit dan angin sentiasa ada. Tapi point yang saya nak sampaikan adalah, homestay ini terletak di jalan mati. Kalau jalan mati, paham - paham laaa. Lebih privasi sikit. Dan kereta yang keluar masuk pun kurang.
Gambaran dari atas |
Depan Homestay ada padang. Parking dalam pagar 4 buah kereta |
Ada juga pengunjung yang datang ke homestay, mesti akan bertanya, "boleh ke kami buat BBQ di kawasan homestay, dan adakah set BBQ disediakan?". Jawapannya, BOLEH. Pengunjung dibenarkan untuk buat BBQ tapi denga syarat hendaklah menjaga adab berjiran dengan tidak membuat bising dan menjaga kebersihan. Barang - barang keperluan BBQ hendaklah dibawa sendiri kerana saya tidak menyediakan set BBQ. Saya membenarkan pengunjung membuat BBQ adalah kerana homestay semi D ini mempunyai tanah, dan BBQ hendaklah dibuat di atas tanah, bukannya atas simen.
Selain dari itu, kedai runcit dan kedai makan pun dekat.
Ada je banyak lagi, tapi kalau anda semua nak tahu dengan lebih lagi, saya cadangkan anda semua bermalam di homestay ini. Baru terbaik.
Jom rehat, lapang - lapangkan minda anda dan gembirakan anak - anak anda di Marma Homestay Melaka. Mari lihat gambar.
Reka Bentuk Homestay Semi D |
Ruang Tamu |
Ruang Tamu |
Ruang Tamu |
Ruang Makan Dan Dapur |
Ruang Makan Dan Dapur |
Ruang Dapur Dan Makan |
Kemudahan |
- Astro NJOI
- Sofa
- TV PANASONIC 32 INCH
Bilik Utama : Katil Queen, aircond dan kipas syiling
Bilik Kedua : Katil Queen, aircond dan kipas syiling
Bilik Ketiga : Katil Queen dan kipas syiling
Bilik Keempat : Katil Queen dan kipas syiling
Setiap bilik dilengkapi dengan :
- penyangkut baju / tuala
- tempat gantung seluar (belakang pintu)
- meja kecil
- cermin di dalam bilik
- sejadah
- telekung
- lampu tidur boleh kawal kecerahan
Lain - lain kemudahan
- meja makan dan 4 buah kerusi
- kabinet dapur yang luas
- peti sejuk 2 pintu baharu
- mesin basuh automatik
- seterika dan meja seterika
- periuk nasi
- pemanas air masak
- cermin besar
- pinggan mangkuk, cawan / gelas
- peralatan memasak dan tong gas
- gula dan teh disediakan
Bilik Utama |
Ruang Antara Bilik |
Bilik Kedua |
Bilik Ketiga |
Bilik Ketiga |
Bilik Keempat |
Bilik Keempat |
Tandas Bilik Utama |
Tandas |
Harga Homestay Semi D |
Haaa, cantik kan. Memang cantik pun, dan homestay ini In Shaa Allah menjanjikan kepuasan berganda untuk anda semua. Sangat luas dan memang tidak terkata lah. Kena cuba baru tahu, dah alaminya, baru boleh cerita. Hehehe. Ok \(^_^)/
1. Adab berjiran iaitu tidak membuat bising
2. Tidak melebihi 14 tetamu termasuk kanak-kanak
3. untuk muslim sahaja
Marilah menempah homestay melaka murah ini dengan harga RM240/malam hari Ahad hingga Khamis dan RM270/malam untuk Jumaat, Sabtu dan cuti sekolah.
~ RM240/malam (Ahad - Khamis)
~ RM270/malam (Jumaat, Sabtu dan Cuti Sekolah)
Kami menerima tempahan anda pada bila - bila masa. Anda digalakkan untuk membuat tempahan awal.
HUBUNGI KAMI untuk sebarang pertanyaan: Call/sms/whatsapp
017-3916898 Amirah
013-6386109 Alang
Sekian butiran hikmah dari saya, Alang.
Dikemaskini pada tarikh 11/2/2017
0 comments:
Post a Comment