Specialist Air Conditioner, Expert Penghawa Dingin dan Pakar Aircond / Penyaman Udara
Adakah anda sedang mengalami masalah dengan penghawa dingin rumah anda?
Adakah aircond anda kurang sejuk?
Adakah penyaman udara anda menitiskan air dari dalam rumah?
Adakah anda tercari - cari specialist air conditioner yang mampu menyelesaikan masalah anda?
|
Aircond / Penghawa Dingin |
Alang Specialist Aircond Alang. Boleh dapatkan khidmat nasihat PERCUMA. Berpengalaman, berpengetahuan dan pakar dalam bidang aircond rumah / pejabat.
Atau anda
memerlukan perkhidmatan servis upah pemasangan Aircond sekitar Melaka, Negeri Sembilan atau Malaysia, boleh menghubungi Azim 017-6460498.
Memang terbaik sesangat.
Upah pasang aircond yang ekonomi, diesertakan dengan khidmat nasihat yang jelas, lancar dan mudah faham.
Sangat Disarankan untuk lihat Video saya di Youtube.
Video 1 : DIY. Cara, Tutorial Terperinci Chemical Service / Mencuci Indoor Aircond Rumah Menggunakan Water Jet
|
Video 1 : DIY. Cara, Tutorial Terperincu Chemical Service / Mencuci Indoor Unit Menggunakan Water Jet |
VIDEO 2: Mencuci Outdoor Unit Menggunakan Berus Sabut Dan Gayung
|
Video 2: Cara, Step dan Teknik Mudah Servis Aircond Outdoor Split Unit. Panduan Mencuci Penghawa Dingin Rumah. |
VIDEO 3: Mencuci Outdoor Unit Menggunakan Water Jet
|
Video 3: Cara dan Langkah Mencuci Outdoor Unit Aircond / Penghawa Dingin Dengan Menggunakan Water Jet Secara Professional. |
VIDEO 4: Mencuci Indoor Unit Menggunakan Water Jet atau Berus Cat dan Gayung
|
Video 4: Cara, Tutorial dan Langkah Untuk Mencuci Indoor Unit Aircond Menggunakan Water Jet |
Subscribe ye Youtube Channel Saya. Tq Semua. Teruskan membaca. Jom2.
Adakah anda mahukan ilmu mengenai penghawa dingin?
Kalau
YA, teruskan
membaca dan
SHARE serta
KOMEN di bahagian bawah
Saya mahu kongsikan ilmu ini kepada anda.
Percuma!! Percuma!! Percuma!!
"SHARING IS POWER"
Artikel ini juga dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Jom
Klik link di bawah.
Maximumkan Penggunaan Aircond Dengan Remote? Iyup. Jom Baca.
Nak Topup Gas Dengan Cara Yang Betul? Saya ada listkan secara terperinci. Jom Baca.
Teknik dan skill asas pertukangan, saya juga sedang usahakan. Boleh klik link ini.
Di sini saya akan kongsikan tips - tips untuk servis dan menjaga aircond / penghawa dingin rumah anda.
Servis Aircond Sendiri. Tapi, apa yang anda perlu tahu mengenai aircond rumah anda? Saya akan terangkan asas penghawa dingin.
Pertama sekali, aircond rumah dipanggil
Aircond Split Unit. Indoor Unit dan Outdoor Unit.
|
Indoor Unit Dan Outdoor Unit |
Aircond mempunyai 4 bahagian utama antaranya adalah
- Pemampat (compressor) (outdoor)
- Pemeluap (condender) (outdoor)
- Injap Pengembang (Thermal Expansion Valve, TXV) (indoor) *Untuk aircond rumah, tiada TXV, yang ada adalah Cooling Coil.
- Penyejat (Evaporator) (indoor)
|
Compressor, Condenser, Cooling Coil, Evaporator |
Apa yang ada pada INDOOR UNIT dan OUTDOOR UNIT?
Komponen basis yang ada pada Indoor Unit adalah
- Filter
- Blower
- Copper Finn / Aluminium Finn
Komponen basis yang ada pada Outdoor Unit adalah
- Fan
- Copper Finn / Aluminium Finn
- Compressor
Jadi, apa yang anda perlu lakukan?
Tugas anda adalah sentiasa melakukan pembersihan berkala.
Tips, Teknik, Cara dan Panduan Asas Penjagaan / Penggunaan Aircond Rumah supaya Penghawa Dingin Sentiasa Sejuk
INDOOR UNIT
1. FILTER / PENAPIS UDARA
Penjagaan filter. Perkara ini
sangat - sangat mudah. Tapi yang mudah inilah orang
susah nak jaga dan buat. Sebab itu, jika rumah anda tidak sejuk, cuba anda lihat keadaan filter anda. Macam mana keadaannya. Penapis anda tersumbat, kotor atau tidak. Kalau kotor, besihkannya menggunakan air.
|
Filter atau Penapis Udara |
Caranya begini. Ambil filter, cuci dengan air, ketuk - ketuk untuk buang air, pasang. Kerja hanya mengambil masa 3 minit sahaja. 3minit ini mampu memanjangkan hayat aircond anda.
|
Filter yang Kotor |
|
Kotor Penapis Udara |
|
Cuci Penapis Udara |
|
Bersih sudah penapis Udara |
|
Pasang semula penapis udara |
Tapi, apa yang anda akan dapat jika menjaga filter? Anda akan dapat Copper Finn yang berkilat dan bersih. Apa yang akan jadi bila copper finn bersih. Kena baca laaaaa. Hehehe
|
Berkilat Copper Finn. |
2. COPPER FINN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP
Tujuan Sirip aircond ini adalah untuk
membebaskan hawa sejuk yang akan ditarik oleh blower. Sirip ini sangat
nipis dan lembut seperti helaian buku.
|
Coppe Finn yang kotor |
Tips penjagaan copper finn adalah dengan membersihkan dengan
menggunakan berus cat atau berus gigi. Jaga - jaga, finn itu tajam dan lembut. Pastikan anda berhati - hati ketika melakukan kerja dengan
memakai glove.
|
Copper Finn yang bersih. Bersinar - sinar |
3. BLOWER
Anda tahu atau tidak, blower ini apa?
Blower adalah blow angin. Macam tiup angin dari mulut. Haaa. Tahu dah kan. Sama juga seperti kipas.
|
Blower Penyaman Udara |
Jadi, apa kaitannya blower dengan penjimatan elektrik?
Apa akan terjadi apabila kipas banyak habuk? Efficiency kurang. Kipas menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila kipas menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan kipas. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan kipas? Bil Elektrik tinggi laaa.
Sama juga seperti blower. Apa akan jadi apabila blower banyak habuk? Efficiency kurang. Blower menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila blower menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan blower. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan blower? Bil Elektrik tinggi laaa.
Haaa. Nampak kan. Nampak dah kan hubung kaitannya kan. Jadi, mari bersihkan blower.
Cara nak membersihkan blower adalah dengan
membuka dahulu louver. Kemudian ambil berus cat yang panjang bulunya, kemudian bersihakan perlahan - lahan. Buat sampai bersih dan puas hati.
Kalau anda tidak tahu membuka louver atau blower, ambil sahaja berus cat, cuci perlahan - lahan. Layan kan aja.
|
Blower Kotor |
|
Blower yang sudah dibersihkan |
OUTDOOR UNIT
Macam mana nak bersihkan Outdoor Unit. Anda haruslah membuka casing outdoor unit. Cabut semua skru dan togelkan satu persatu casingnya. Tahniah, anda telah berjaya.
|
Outdoor Unit |
1. FAN
Cuci fan dengan berus sabut. Senang sahaja
|
Fan Kotor dan Perlu dibersihkan |
2. COPPER FIN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP
Untuk bahagian luar, tujuan sirip ini adalah untuk membebaskan haba panas secepatnya yang terhasil dari compressor.
Copper finn lembut dan tajam. Hati - hati semasa melakukan kerja pembersihan. Ambil gayng yang ada sedikit air dan berus sabut, kemudian cuci fin sehingga nampak bersih.
|
Copper Finn yang kotor |
|
Aluminium Finn yang kotor |
|
Copper Finn / Aluminium Finn yang sudah dibersihkan |
Pastikan,
air tidak masuk ke bahagian elektrik dan board elektronik. Kalau terkena, sia - sia sahaja buat kerja ni. Mahal tuu board elektronik.
|
Belah kanan atas, ada board elektronik. Hati - hati |
3. COMPRESSOR
Anda tidak perlu membuka compressor, biarkan sahaja compressor itu. Bagaimana compressor berfungi?
Compressor ini akan dapat signal dari thermostat. Thermostat yang akan mengawal suhu bilik anda. Contoh anda setkan 18 degree Celcius, compressor akan terus running untuk maintainkan temperature 18 degree C. Apabila telah sampai 18 C, thermostat akan berikan signal kepada compressor supaya tidak running.
Jika suhu sudah 19C, thermostat akan memberikan semula signal kepada compressor untuk running.
Sebab itu, anda harus menutup pintu bilik semasa menggunakan aircond. Ini untuk mengelakkan kehilangan suhu sejuk.
Antara paling banyak menggunaan tenaga elektrik adalah COMPRESSOR
Kelebihan apabila selalu membersihkan penghawa dingin. 6 faktor / sebab kenapa perlunya servis aircond?
- Mengurangkan bil elektrik rumah anda
- Memanjangkan jangka hayat penghawa dingin / aircond
- Udara yang keluar, kualitinya lebih baik. Sejuk, segar dan nyaman. Anda tidak akan rasa berhabuk walaupun membuka aircond
- Mengelakkan kebocoran disebabkan lumut dan habuk
- Dapat mengesan masalah lebih awal. Mencegah lebih baik dari mengubati
- Jimat masa dan wang
Dengan ini, anda sudah tahu, cara penggunaan aircond / penghawa dingin rumah atau pejabat. Ini secara tidak langsung, dapat mengurangkan bil elekrik dan tenaga. Selamat mencuba.
Topup Gas Freon atau Mengecas Sistem Penghawa Dingin / Aircond Rumah
Terdapat banyak gas Aircond di pasaran contohnya R22, R407, R134 dan R410A Refrigerant.
Saya ada sediakan artikel yang lebih detail mengenai mengecas aircond.
Cara, Teknik, Tips dan Panduan mudah Topup / Mengecas / Mengisi dan Menambah Gas Freon R22, R407, R410A, R134, R32 Ke Dalam Sistem Aircond (AC) / Penyaman Udara / Penghawa Dingin (Klik sini)
|
Topup Gas Freon Aircond |
Peringatan! Gas Freon tidak akan hilang jika tiada kebocoran pada paip copper.
Peringatan! Jangan sesekali mencampurkan gas freon sebagai contoh R22 dan R410A. JANGAN!!
Kena ingat memolek tuuu.
Sebelum ini, saya ada membeli satu tong gas FREON R410 bernilai RM260. Sebab itu, kalau nak topup gas mahal, sebab tong gasnya pun mahal.
Itu baru tong gasnya, belum lagi GAUGE MANIFOLD. Huhu. Saya beli sebelum ini total hampir RM500. Telan air liuurrrrrrr beb!!
Tapi Tapi Tapi, bukan itu yang saya nak kongsikan. Apa yang saya nak kongsikan adalah lebih penting. Saya akan kongsikan cara - cara yang betul untuk mengecas aircond rumah anda.
Pastikan alatan anda sudah cukup.
1. Tong Gas
2. Gauge Manifold
3. Clamp Meter
4. Spanar
Empat barang dan alatan di atas sangat penting. Jom lihat, teliti dan dapatkan idea bagaimana untuk menambah freon ke dalam sistem penghawa Dingin rumah anda.
Pertama sekali, pastikan gas apa yang digunakan dalam sistem aircond anda. Macam mana nak tahu? Caranya adalah, pergi ke outdoor unit, dan lihat di bahagian spesifikasi.
|
Refrigerant R22 yang digunapakai |
Selepas anda mengenalpasti gas apa yang digunakan, anda bolehlah memulakan mengecas aircond. Apa yang anda perlu tahu adalah penggunaan gauge manifold. Gauge Manifold mempunyai 3 wayar / hose.
Biru,
kuning dan
merah.
|
Gauge Manifold |
- Biru untuk Low Pressure (LP) (Tubing Copper yang Besar)
- Merah untuk High Pressure (HP) (Tubing Copper yang Kecil)
- Kuning adalah sambungan dari tong gas nak ke gauge manifold.
Macam mana nak gunakan Gauge Manifold dengan kaedah yang betul.
- Hose kuning disambungkan dari Tong Gas ke Gauge Manifold.
- Hose Biru disambungkan dari Gauge Manifold ke Sistem Aircond. (Tubing Copper yang Besar) (Suction dari Compressor)
- Hose Merah disambungkan dari Gauge Manfold ke Sistem Aircond. (Tubing Copper yang kecil) (Discharge dari Compressor) ** PENTING!! Untuk 4 Horse Power dan keatas ADA nipple untuk cas freon)
Jom mulakan. Anda haruslah menyambungkan semua hose. Pastikan semua hose diketat kemas KECUALI hose warna biru yang attach dekat
nipple tubing copper, LP, suction compressor. Sebab apa. Nanti saya kasitau.
Pastikan semua injap / valve ditutup rapi terutama di Gauge Manifold.
Selepas itu, buka sedikit injap / valve dari tong gas supaya freon masuk dari tong gas ke gauge manifold.
Selepas itu, buka injap / valve dari hose biru yang ada di gauge manifold. Selepas anda mendengar bunyi gas, dan dengan pantasnya anda kemaskan HOSE BIRU yang attach dekat tubing copper.
Sebab apa? Ini adalah untuk membuang udara yang ada di dalam hose. Sangat tidak elok apabila, di dalam sistem aircond, ada campuran gas - gas, dan ada udara dalam gas.
Itu sebabnya, saya tidak ketat kemas hose wara biru.
Tapi, ini saya ceritakan sedikit pengalaman saya. Saya pernah membawa gauge manifold sahaja tanpa tong gas untuk cek pressure. Tapi tapi tapi, tidak boleh. Sebab apa? Sebab anda memerlukan pressure di dalam hose, untuk menolak pin yang akan attach dekat nipple tubing copper. Maluuuu oiiiii. Hahaha. Nasib baik buat rumah sendiri. Hahaha. Ni masa pertama kali laaa. Memang macam tu. Salah tidak apa, janji ada kesungguhan nak buat.
Bila anda dah tahu cara nak topup freon, berapa pula Nilai Pressure LP yang sepatutnya dicas?
- Freon R410 adalah antara 120 - 140 PSI. Kebanyakkan Aircond sekarang menggunakan freon jenis ini kerana lebih mesra alam. Tidak kisahlah samada INVERTER atau NON - INVERTER.
- Freon R22, R134, R407 adalah antara 50 - 60 PSI. R22 adalah Freon jenis lama dan sudah di ban kerana untuk menjaga lapisan ozon.
Untuk Freezer berbeza. Untuk topup freezer, nilai pressure LP adalah 40 PSI untuk R22
Nilai untuk High Pressure (HP) adalah 1 : 4.
Kalau nilai LP adalah 60 PSI, nilai HP adalah 280 PSI
Tips. Anda tidak akan dapat menambah gas dari HP kerana ianya LIQUID. Kalau di LP, ianya adalah GAS. Cara untuk menambah gas dari HP adalah dengan menterbalikkan tog gas anda. Hehehe. Ini ILMU yang berharga tauuuu. Share laa artikel nii plis. Hehehhe
Selain dari menggunakan Gauge Manifold, anda juga disarankan meggunakan clamp meter, untuk mengetahui nilai arus yang digunakan aircond anda. Nilai arus boleh didapati di bahagian Outdoor.
|
Clamp Meter |
|
Related Current (A) 5.16Am |
Tips untuk membeli Gauge Manifold
Pastikan anda membeli yang ada
Degree Celcius
Soket 3/8.
Nilai PSI yang besar
|
Gauge Manifold |
Tips untuk membeli Aircond / Penghawa Dingin rumah atau pejabat
- Pastikan Aircond mampu menampung keluasan bilik anda.
- Beli penghawa dingin jenama Panasonic, Daikin dan York. Acson pon ok juga.
Persoalan yang sering ditanya
1. Jenama penghawa dingin / Aircond yang manakah paling baik?
Bagi saya, saya akan memilih Panasonic, Daikin dan York. Sebab apa? Kerana senang nak buka casing indoor dan jarang ada masalah. Lagipun, spare part banyak.
Sekarang ini saya ada menggunakan Jenama Panasonic, Daikin, York dan Samsung.
- Samsung. Jangan laaa beli. Banyak masalah.
- Panasonic, harga memang mahal, tapi cepat sejuk. Terbaik
- Daikin dan York, harga boleh dengar. Sejuk pon ok. Terbaik.
2. Apa bezanya Inveter dan Non-Inveter?
Rumah saya semua menggunakan Aircond Inveter. Sebab kalau ikutkan, inveter ini menjimatkan tenaga. Sebab dia akan tukarkan arus dari AC ke DC. Yang ini lebih - lebih saya tidak tahu. Hehehe.
Dari segi harga, Inveter jauh lebih mahal berbanding Non - Inveter
Dari segi maintenance, Non - Inveter lebih senang dan murah berbanding Inveter
Dari segi troubleshooting, Non - Inveter lebih senang dan murah berbanding Inveter
Dari Segi penjimatan elektrik, Inveter lebih jimat berbanding Non - Inveter
3. Bolehkah kita campur adukkan gas?
Peringatan! Jangan sesekali mencampurkan gas aircond. Sebab apa? Setiap freon mempunyai densiti yang berbeza. Kalau ada campurkan, kebarangkalian kerosakkan compresor, lebih cepat.
4. Perlukan anda menukar minyak compressor?
Tidak perlu, sebab compressor split unit untuk rumah ini kecil. Untuk unit yang kecil, anda tidak perlu menukar minyak compressor. Lagipun, kalau nak tukar boleh je, akan makan masa dan wang anda. Lagipun, leceh nak tukar.
5. Bila masanya untuk menukar minyak compressor?
Saya nak tanya anda? Sebab apa anda nak tukar minyak? Saya dah kasitau kat atas tadi, tidak perlu menukar minyak compresor kan.
Kalau anda ingin menukar gas freon dari R22 ke R410, anda WAJIB menukar minyak compresor khas untuk R410.
6. Boleh ke anda nak menukar gas freon dari R22 ke R410?
Boleh, tetapi anda haruslah membuang semua gas freon R22, kemudian, buang minyak compressor R22, digantikan dengan minyak compressor R410, kemudian barulah anda cas gas freon R410.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya Alang di talian 013-6386109.
Untuk pemasangan aircond dan servis penghawa dingin, saya juga boleh lakukan. Boleh PM saya.
Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang.
Kembali ke laman utama (klik sini)
Jadi, bahagian mana yang dapat mengurangkan bil elektrik anda?
Upah pasang aircond murah di melaka, negeri sembilan, johor, kuala lumpur (kl)
Tukang pasang aircond
atau anda nak tahu, cara pasang aircond rumah
cara penggunaan aircond / penghawa dingin untuk jimat elektriktips untuk membeli penghawa dingin
tips penjagaan penghawa dingin rumah / pejabat
cara penggunaan aircond yang sesuai.
tips, teknik, cara dan panduan asas untuk menjaga dan memanjangkan jangka hayat aircond rumah anda
teknik penjagaan terbaik untuk aircond anda sejuk
sebab kenapa aircond rumah tidak sejuk
penca aircond rumah tidak sejuk
10 sebab kenapa aircond rumah anda tidak sejuk
servis aircond sendiri / repair sendiri
penyaman udara rumah kurang sejuk
spare part aircond rumah
persoalan yang sering diajukan atau ditanya.
asas aircond rumah, kerata lebih kurnag sama.
cara buka aircond rumah
blower aircond rumah
punca compressor aircond tidak jalan
cara pasang aircond rumah
cara mudah servis aircond rumah dengan mengambail masa 15 minit
cara bersihkan penghawa dingin rumah
DIY aircond rumah
penyelenggaraan aircond rumah
servis berkala aircond rumah
cara nak pindah aircond rumah
cara nak pasang aircond rumah
jenis jenis aircond
jenis-jenis aircond antaranya york, panasonic, acson, daikin, samsung
penapis udara tersumbat / filter indoor kotor
gas kurng. gas tidak akan kurng jika tiasa kebocoran pada paip copper.
mengesan kerosakkan dan baikpulih penyman udara rumah anda
servis aircond sendiri
air meninik dalam rumah indoor. Sebab apa
Kos servise aircond? Berapa?
troubleshooting dan diognose, mengesan kerosakkan dan membaik pulih aircond
selenggara air conditioner di rumah
pemampat, pemeluap, peranti permeteran, penyejat
perkara penting yang perlu anda tahu tentang penghawa dingin
tutup pintu dan tingkat jika penghawa dindin on
perkhdmatan membuka aircond, memasang unit baru / secondhand, menjual aircond baru, dan membaik pulih aircond di rumah anda.
tips membeli aircond
inveter adala untuk menjimatkan tenaga elektrik.
Pada 2009, teknologi inverter mula dipasang pada unit penyaman udara untuk menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi ini dipasang pada unit luar di mana ia dapat mengawal kelajuan motor pemampat, kelajuan motor kipas dan kawalan suhu. Dengan cara ini, arus maksima atau arus permulaan dapat di kurangkan.