Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Thursday 6 July 2017

Cara, Teknik dan Tutorial Pemasangan Membuka dan Menukar Tombol Pintu Rumah dengan Mudah

Cara, Teknik dan Tutorial Pemasangan Membuka dan Menukar Tombol Pintu Rumah dengan Mudah

Nampak macam biasa - biasa, tapi kalau anda mampu menukar tombol pintu sendiri, itu luar biasa.

Dengar macam simple, kawan - kawan siap gelak - gelak lagi. Weeeiiii, tombol pintu pun tak tahu nak tukar ke?

Tombol Pintu

Aduhhhh, biar malu awal, janji tahu dari tak tahu.  Pengalaman saya, mula - mula nak tukar memang susah.

Alaaa. sekali je susah, pastu senang ngattttt. Bila tak buat, tak tahu, bila dah buat, baru tahu. Anda nak tahu kan.

Tutorial, Cara, Step, dan Langkah Mudah Membuka dan Memasang Tombol Pintu Rumah. Bantu saya dengan SUBSCRIBE! Klik Sini untuk lihat Video.


Tutorial, Cara, Step, dan Langkah Mudah Membuka dan Memasang Tombol Pintu
Tutorial, Cara, Step, dan Langkah Mudah Membuka dan Memasang Tombol Pintu Rumah
Jom Lihat Video Di Youtube. Tutorial membuka dan memasang tombol pintu. Klik sini

Jadi bagaimana nak tukar tombol pintu yang rosak? Bagaimana cara membuka pintu yang terkunci?Pertanyan anda akan saya jawab.

Persoalan, kenapa anda nak menukar tombol pintu. Sebabnya tombol pintu sudah rosak. 

Antara penyebab anda menukar tombol pintu adalah

1. Tombol jammed
2. Selak patah
3. Selak tidak automatik masuk semasa menutup pintu.
4. Ketat di bahagian penyendal
5. Bila dah lock, nak bukak guna kunci tidak boleh. Kunci loose

Biasanya, kalau nak tukar, tukar sahaja satu set. Senang. Yang lama, kalau dah buruk atau rosak teruk, buangkan sahaja.

Tapi kalau di kedai, banyak pilihan dan banyak harga tombol pintu. Itu terserah kepada anda, mana satu pilihan hati. Cara asasnya tetap sama.

Saya bagitau awal, tombol pintu bilik dan tombol pintu bilik air, adalah BERLAINAN SAMA SEKALI

Apa yang lainnya. Yang lainnya adalah

Tombol pintu bilik ada anak kunci

Tombol Pintu Bilik
Manakala, tombol pintu bilik air, TIADA anak kunci. Ini adalah untuk keselamatan anak - anak kecil. Anda boleh membukanya dengan skru driver ataupun sudu dengan memusingkannya.

Tombol pintu bilik air
Pusingkan

Ini gambar tombol pintu yang baru dibeli di kedai. Banyak pilihan, anda pilih sahaja yang anda mahukan mengikut bajet dan kehendak anda.

Tombol Pintu Baharu

Tombol Pintu Baharu
Apa yang anda akan dapat bila membeli tombol pintu? Ini komponen tombol pintu

Komponen Tombol Pintu Baharu
Apa yang anda akan dapat adalah :
Dari kiri
1. Manual cara - cara pemasangan (manual user)
2. Tombol Pintu
3. Pin Lock
4. Selak Pintu
5. Kunci
6. Skru
7. Penyendal Pintu

Cara, Teknik dan Tutorial Pemasangan Membuka dan Menukar Tombol Pintu Rumah dengan Mudah

Jom saya kongsikan

Pertama sekali, anda perlu tahu, bahagian mana yang perlu anda buka kerana tombol pintu boleh bukak kedua - dua bahagian? Bahagian yang berkunci atau yang berlock.

Bahagian Yang Berkunci

Bahagian Yang Berlock
Ingattttttt!! Buka di bahagian yang berlock. Kenapa? Sebabnya mudah lagi senang.

Kalau anda buka di bahagian yang berkunci, azab nak pasangkan balik. Huhuhu.
Jadi, macam mana nak keluarkan tombol pintu?

Langkah pertama, anda perlulah mencari slot untuk masukkan key lock.

Slot untuk memasukkan Key Lock
Langkah Kedua, anda haruslah memutarkan sedikit tombol sehingga nampak sedikit longkang.
Pusingkan Tombol Pintu
Langkah ketiga, masukkan key lock ke dalam slot sambil memusing - musingkan sedikit dan menarik tombol keluar. Kalau tiada pin lock, gunakan skru driver yang kecil ataupun test pen. 

Masukkan key lock ke dalam slot
Kemudian, tarik tombol keluar.

Tarik Tombol Keluar

Tarik Tombol Keluar


Tarik Tombol Keluar
Sampai tahap ini, anda sudah berjaya untuk membuka tombol pintu. 

Langkah keempat, anda perlulah memasukkan selak ke tempatnya

Masukkan Selak ke tempatnya
Masukkan Selak ke tempatnya


Masukkan Selak ke tempatnya
Sampai di sini, bermulalah untuk pemasangan tombol pintu rumah. Untuk masukkan tombol pintu, ada caranya. Caranya adalah, anda tahu kedudukkan yang timbul, di ibu jari saya itu

Besi yang timbul sedikit
Kemudian, di bahagian yang berlock, akan ada laluan untuk besi yang timbul itu.

Laluan untuk besi yang timbul sedikit
Masukkan tombol ke dalam laluannya

Masukkan tombol ke dalam laluannya
Siappppppp. Alhamdulillah, anda sudah berjaya. Tahniah - tahniah. Jadi, mari saksikan saya membuka dan memasang tombol pintu di rumah. 

Tools - tools saya

Alang yang fokus

Tombol Pintu yang bermasalah. Selak masalah


Pusingkan sedikit tombol, dan masukkan lock key

Tarik Tombol
Longgarkan benda yang melekap dan memegang di pintu


Longgarkan benda yang melekap dan memegang di pintu

Longgarkan semua skru

Alang menambah kefokusan

Cabut piring 
Berjaya
Muka kepuasan

Bawa keluar semua sekali

Besi yang tertimbul

Besi yang tertimbul dimasukkan ke dalam alurnya
Selesai.

Tapi saya ada memasang tombol pintu yang mahal. Mari lihat.

Tombol Pintu Mahal
 Bahagian Tombol Pintu

Masukkan Selaknya terlebih dahulu
Maskka Tombol Pintu ke dalam selak


Sudah berjaya dimasukkan

Ikatkan skru

Berjaya Bro
Harap, artikel ini dapat membantu anda semua. Sebarang pertanyaan dan penambahbaikkan, anda bolehlah menulis di bahagian komen dibawah

Sekian sahaja butiran hikmah dari saya Alang

Kembali ke laman utama (klik sini)

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Nak tanya,mxm mana kalau selak Tersangkut kat pintu dan tak boleh buka? Tombol semua dah bukak, selak yg tersangkut.

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanya kalau tempat kunci dia mcm termasuk dalam tu mcm mana nak baiki?

    ReplyDelete