Marma Homestay Melaka Murah berdekatan Ayer Keroh dan Bandar Hilir Melaka. Homestay tanpa kolam renang atau swimming pool, berdekatan tepi pantai. Rumah baru 4bilik yang LUAS, KUALITI dan SELESA.

Alang 013-6386109

atau Amirah 017-3916898. Homestay Terbaik Di Melaka. Saya akan tolong anda, saya akan bantu anda. "Jangan banding Harga, Tapi Banding Kualiti"

Wednesday 21 June 2017

Tips dan Teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling

Alhamdulillah, saya mempunyai sedikit ilmu untuk dikongsikan kepada anda semua. Kenapa saya mahu kongsikan kepada anda? Sebabnya, saya mahu anda menghargai dan menilai kerja - kerja pertukangan seperti ini. Ilmu tidak akan datang dengan sendirinya.

" Jika ada minat, lambat atau cepat sahaja "

tapi

" Kalau tiada minat, tiada ubat lah "

Kata - kata ini saya dapat semasa membuat kerja - kerja plaster simen putih. Tajam baq hangggggg. Tersentak saya seketika, membuatkan saya terfikir sekejap.

Dia berkata lagi, benda - benda macam ini, perlu tahu serba sedikit kerana banyak digunakan dirumah. Kalau nak upah orang, biasanya sikit - sikit orang tidak mahu datang, tapi kalau orang itu datang, memang kena cas kaw - kaw lah.

Dan kalau anda mahukan ilmu dan teknik pertukangan di rumah, WAJIB klik link ini. In shaa Allah sangat - sangat membantu.

Tetapi manusia hanya akan menilai sesuatu benda yang sudah siap. Itu praktikal yang salah sebenarnya. Sepatutnya, anda harus menghargai kerja - kerja semasa proses pertukangan sedang dijalankan. Baru orang akan salute dan respect anda. 

Di sini saya akan terangkan cara - cara untuk memplaster simen putih di dinding. Cara dan teknik ini sama digunakan untuk memplaster syiling rumah. 

Pertama sekali, anda perlukan barang - barang untuk memulakan proses memplaster simen putih.

Antara barang yang diperlukan adalah

1. Simen Putih
2. Tong Sampah
3. Baldi untuk campur simen putih dan air
4. Air
5. Scrapper
5. Pisau (Sangat Penting)
6. Jibson Box
7. Tempat pemegang simen putih. Saya tidak tahu nama sebetulnya.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Simen Putih



Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Tong Sampah

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Baldi untuk campur simen putih dan air

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Air Paip

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Scrapper

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Pisau. Ini sangat penting

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Jibson Box
Jibson box ini adalah seperti syiling kapur. Lembut sahaja. Tetapi kalah dengan air yang mengalir dan bertakung.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Tempat untuk letak simen putih semasa kerja - kerja plaster

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Tempat untuk letak simen putih semasa kerja - kerja plaster
Untuk menjadikan simen putih anda kelihatan begitu cantik dan enak, ada caranya, bukannya pakai taram jee. Tidak jadi bhaaiiii. Saya dah cuba dah. Maluuuu.

Pertama sekali. Anda perlu meletakkan sedikit air. Agak - agak anda laa. Ikut kuantiti yang anda nak plaster.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Letakkan Sedikit Air
Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Simen Putih
Kemudian, letakkan serbuk simen putih. Cara untuk meletakkan simen putih adalah dengan meratakan serbuk simen ketika diletakkan dengan air.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ratakan serbuk simen dengan air

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ratakan serbuk simen dengan air
Ok, Soalan saya. Sampai bila anda mahu letakkan simen putih ke dalam air?

Anda perlu meletakkan simen putih ke dalam air sehingga serbuk simen menutup permukaan air.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Sehingga menutup permukaan air.
Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Macam ini ok sangat
Sehingga menutup permukaan air. Macam gambar di atas. Memang cun.

Amaran!! Jangan sesekali anda gaulkan kesemua sekali.

Kemudian, bahagian yang anda ingin tampal dengan simen putih, anda perlulah memotong sedikit seperti ini. Potong bersudut 45 degree.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Potong bersudut 45
Sebab apa kena potong bersudut bersudut? Kerana untuk memberi simen putih memegang permukaan dengan lebih kuat dan apabila anda plaster simen putih tidak berbonjol.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Potong bersudut 45

Selepas itu, ambil simen putih dan mulakan plaster. Hehehe. Ini bahagian yang mencabar.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ambil sedikit bahagian simen putih
Amaran sekali lagi!! Jangan gaulkan kesemuanya.

Ini info, jika anda tidak menggaulkan simen putih itu, simen putih mampu bertahan tanpa keras sehingga 15 minit tampa sentuh.

Tetapi jika anda sudah gaulkan, simen putih akan bertahan 5 minit sahaja, kemudian keras. Ini yang kita tidak mahu.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ambil sebahagian simen putih

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Tampal menggunakan ini
Info. Untuk permukaan pertama gunakan peralatan seperti gambar di atas. Dan kemudian, biarkan ia kering selama 5 minit. 

Kemudian, plaster lagi untuk permukaan yang kedua. Sebelum plaster permukaan yang kedua, pastikan anda meratakan simen putih yang telah keras. Lihat gambar di bawah.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Pastikan anda meratakan simen putih yang telah keras dengan alatannya

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ratakan simen putih yang telah keras

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ratakan lagi simen putih yang telah keras


Dan sebelum plaster untuk layer yang kedua, anda perlu membersihkan semua peralatan - peralatan yang anda telah guna, kerana, simen putih yang telah mengeras akan lebih merosakkan permukaan jika anda menggunakan semula.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Nampak, dah comel kan permukaan
Untuk finishing pula,anda tidak disarankan untuk menggunakan peralatan di atas. Anda perlu menggunakan scrapper simen putih.


Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Gunakan alatan ini. Baru permukaan akan jadi cantik
Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Hasilnya, tadaaaa
Info yang anda perlu tahu.

1. Apa beza filler dengan simen Putih. Filler kalau digunakan untuk menutup ruang yang besar, apabila mengeras, ia akan kelihatan retak seribu, tetapi sebaliknya dengan simen putih.

2. Pastikan anda sentiasa membersihkan peralatan anda ketika memplaster. Praktikal yang terbaik adalah dengan setiap layer permukaan, anda bersihkan peralatan anda. Sebabnya adalah, jika anda tidak membersihkan simen putih yang lama, simen putih yang ama itulah yang akan lebih merosakkan permukaan yang anda ingin buat.

3. Jangan sesekali menggaulkan kesemua simen putih anda. Tidak digalakkan.

4. Apabila anda simen putih sudah mengeras, terus buang. JANGAN guna semula. Apabila anda menggunakan semula dengan mencairkan simen putih, ia tidak seperti yang baru. Ia akan kelihatan basi

5. Semasa kerja - kerja camputan antara air dengan serbuk simen putih, anda perlu meratakan dengan baik kerana untuk memberi laluan air meresap ke simen putih. Jika anda meletakkan serbuk secara gumpalan, air tidak dapat menyerap dengan sempurna ke dalam simen putih.

6. Pastikan anda mempunyai tong sampah ketika membuat kerja - kerja ini.

7. Pastikan anda memakai penutup mulut kerana habuk simen putih ini nipis.

Diharapkan, sedikit perkongsian ini dapat membantu anda semua. Jika ada sebarang maklumat atau komen, sila comment di ruangan dibawah. Saya akan balas secepatnya.

Boleh hubungi saya untuk membuat temujanji. Alang 013-6386109

Kembali ke laman utama (klik sini)

46 comments:

  1. Soalan sy jibson box tu utk ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jibson box tu macam batu bata. Simen putih macam simen biasa. Haaa. clear x perumpamaan tu? hehehe. Jibson tu macam papan laaa. nak pegang. Simen putih untuk memegang dan memenuhi ruang.

      Delete
  2. Jibson box tu boleh dibeli di hardware ka ?kalau kita nak licin ka semua dinding perlu letak jibson box atau tak payah?saya nak licinkan dinding sebab nak pasang wallpaper.tapi saya tak pernah buat simen plaster lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kat rumah ke? Kalau pasang wall paper, xpayah pasang jibson box ni. Jibson box ni, biasanya dipakai untuk mengurangkan penggunaan batu bata.

      Kalau macam en ni, nak guna wall paper, trus je lekat dekat dinding.

      Delete
  3. Assalamualaikum, simen putih ni same mcm simen biasa ke kalis air, sy nk simen kt tepi2 sinki tu.mohon pandangan tuan
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah. Sama. Boleh je gunakan untuk tepi2 sinki. Tapi biasanya, sinki tu zink. Biasanya kalau macam bocor tepi2 sink tu, saya akan letakkan silikon. Silikon yang warne lut sinar tu.

      Delete
  4. bukan jibson bos. Gypsum box. Gypsum ni kapur. sekadar perkongsian. Apa2 terima kasih untuk perkongsian di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eaa. GYMSUM BOS eaa. Saya pon x thu nama sebetulnya. Terima kasih en, membetulkan saya. Terbaik en.

      Delete
    2. bukan gypsum box. ianya Gypsum Board. (Nama lain is partition gypsum board)

      Delete
  5. Tumpang tanya, dimana nak dapat material siling plaster terbaik kat melaka? Saya belum biasa dengan negeri melaka hahaha. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni saya x pasti lah bos. saya pun bukannya tukang sangt. hihi

      Delete
  6. Kalau guna simen putih untuk tampal lantai yg berlubang .. boleh ke ??

    ReplyDelete
  7. Kalau guna simen putih untuk tampal lantai yg berlubang .. boleh ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk lantai di nasihat pakai simen sika. Kerana untuk mengelakan leaking pada permukaan bawah. Simen putih lebih sesuai utk wall dan ceiling. Tapi tiada masalah sekiranya rumah itu rumh landed.

      Delete
  8. Nk tye ape perbezaan dan kegunaan simen putih dan stopping compount(mcm simen putih jugak warnenye)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stopping lebih cepat kering dan murah

      Delete
    2. Betul2. SUBSCRIBE channel youtube saya, search Alang N Afiq

      Delete
  9. Guna simen putih untuk tampal ceiling sekitar laluan corong air tu boleh x? X suka la ada lobang kat atas sbb jadi laluan tikus lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni corong air kat mana. Saya x berapa faham lah en.

      Delete
  10. Kalau nak simen dinding rumah yg dah cat? Nak simen bhgn yg berlubang n tak rata.. then nak cat balik

    ReplyDelete
  11. ape beza siling kapor ngan simen kapor

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang dah jawabkan. Tq sudi comment. Nanti SUBSCRIBE channel youtube saya, search Alang N Afiq. ok

      Delete
  12. siling kapur rasanya macam gypson board datang sekeping besor 4 X 8 kaki camtu, biasa digunakan utk panel siling kornis, manakala simen kapur adalah serbuk simen warna putih tu, juga turut digunakan utk menyumbat dan mengemaskan liang2 sambungan siling kapur itu tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq en. Tolong Jawabkan. Alhamdulillah. Rajin2 laa en. singgah blog saya. SUBSCRIBE channel youtube saya, search Alang N Afiq. ok en

      Delete
  13. Boleh ker guna simen putih untuk tampal dinding simen retak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa. kalau kes macam ni, nak tampal yang retak, biasanya orang akan guna gauge macam dawai halus tu, pastu baru guna simen. camtu lah en. SUBSCRIBE channel youtube saya, search Alang N Afiq

      Delete
  14. Salam tuan simen putih tu adakah sejenis gypsum board tu

    ReplyDelete
  15. Camne nk seatle kolam mandi bocor air meresap nk gunakn apa ya

    ReplyDelete
  16. Saya nk mencuba buat sendiri tapi x tahu apa brg yg d perlukan mohon ada yg sudi tunjuk ajar

    ReplyDelete
  17. Utk licinkn dinding yg berbiji pasir guna casting powder ya ker..stooping compound tu utk apa pulak.y dinding rmh licin2 xberpasir tu guna apa ya?

    ReplyDelete
  18. Nk tanye.. If dinding asbestos yg bocor blh tampal guna serbuk simen tu tak?

    ReplyDelete
  19. Kalau nk plaster dlm kolam ikan boleh guna simen putih tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh sbb ia bukan kalis air, gunakan simen dan campuharan bahan waterproof.

      Delete
    2. nak tanya . bahan apa yang waterproof ? saya nak plaster dinding saya sebab dinding sekarang dia jadi hancur sebab basah so maknanya nak plaster kene guna campuran bahan waterproofla kan . bahan apa tu bahan waterproof . hehe

      Delete
  20. Kalau dinding berkerutu(popcorn wall) tapi dah bercat, boleh ke buat plaster ni? Atau perlu kikis cat lama, baru boleh guna plaster simen? Tolong respon, tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikis segala yg menonjol. Kemudian baru boleh guna skim coat ni.

      Delete
  21. salam muhibah,jika dinding x rata,asal plaster tidah cicin(mengerutu)boleh ke plaster guna simen putih?

    ReplyDelete
  22. assalam boss saya da 2 beg guna kejap2 keras je.. geram je.. kalau letak cuka dia tahan lama lagi x?

    ReplyDelete
  23. Bolehkah guna puttyfilla bagi menggantikan simen putih?

    ReplyDelete
  24. Assalam tuan
    Kenapa ya, lepas guna filler, sy cat di atas permukaan tu, cat tidak melekat sperti dinding lain

    ReplyDelete
  25. mmg kena guna ke gypsum board tu ? atau tk guna pun tkpa ?

    ReplyDelete
  26. Kalau setakat tembok, kenapa nak susah-susah pakai simen putih? Kenapa tak pakai cat putih?

    ReplyDelete